in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c
Bersama mak tersayang..
😘❤️
Alhamdulillah.. 🤲
Selesai tanggungjawab sebagai pengundi
🙋
.
.
.
#PrnKedah #SKSriGedong
0 - 0
2 Kali Test!!
Confirm..!!
Kali ke-2 kena Covid
Kali nie teruk sikit rasanya..
Demam, Batuk, Selsema, Sakit Tekak, Sakit Kepala, Pening, Sakit Urat, Sakit Badan
Fuhh!!
Disebabkan sakit habeh badan²..
Jalan pun lambert jaa! membongkok! 🥲
Kurantin dirumah sorang²..
Sunyi larr...
Anak² kena tinggal dekat rumah tok! 🥲
Ermm...
Ada tak yg nak hantar makanan??
Nak request KFC, MCD, Nasi Kandaq!! 😂
Tapi..time sakit nie..mengidam kek batik Indulgence larr..
🤤
Date : Khamis, 18 Mei 2023
#covid19 #CovidTest #Kuarantin
0 - 0
Tahniah!!
Tahniah apa??
Tahniah sebab dilantik jadi Naib Pengerusi Tabika Kemas!
😂
Punggah!! 😂
Aku pii..nak makan balik ja oit!!
😂
.
.
.
#tabikakemas #kampungkilangmakau #naibpengerusi
0 - 0
Hari ini 18 tahun yang lalu, Youtube dilancarkan.
Ia dimulakan oleh trio kakitangan Paypal - Steve Chen, Chad Hurley & Jawed Karim. Hurley adalah graduan jurusan rekaan di Indiana University of Pennsylvania, Chen & Karim pula mempelajari sains komputer di University of Illinois Urbana-Champaign.
Idea asal penubuhan Youtube hadir daripada servis mencari jodoh atas talian yang mereka bangunkan, di mana para wanita diminta memuat naik video masing-masing di laman tersebut & sebagai ganjaran akan diberi $20. Namun servis itu gagal.
Bila terjadi kontroversi persembahan separuh masa Super Bowl XXXVIII, mereka berdepan kesukaran mencari video insiden itu, juga video tsunami Laut Hindi 2004 di internet. Masalah itu menggerakkan mereka untuk mewujudkan platform perkongsian video.
Laman cari jodoh mereka pada domain “youtube.com/” yang didaftar pada 14 Februari 2005 diolah, membenarkan apa sahaja video dikongsi. Video pertamanya bertajuk “Me at the zoo” dimuat naik pada 23 April 2005, memaparkan Karim di Zoo San Diego.
Wujud juga cerita mengatakan idea datang selepas Chen & Hurley berdepan kesukaran berkongsi video yang dirakam pada parti makan malam di rumah Chen yang tak dihadiri Karim. Namun jelas mereka ia adalah cerita yang direka oleh media.
Ibu pejabat pertamanya berada di atas sebuah kedai pizza & restoran Jepun di San Mateo. Bermula sebagai perusahaan didana "angel investor", ia berkembang begitu pantas, menerima lebih 2 juta penonton sehari selepas 6 bulan dilancarkan.
Pada Oktober 2006, Youtube dibeli oleh Google pada harga $1.65 bilion. Pemilikan Google mengembangkan model bisnes laman itu, daripada sekadar menjana pendapatan daripada iklan sahaja kepada menawarkan kandungan premium & eksklusif berbayar.
Hari ini, Youtube adalah laman web ke-2 paling dikunjungi, mempunyai lebih 2.5 bilion pengguna bulanan yang secara kolektifnya menonton lebih daripada 1 bilion jam setiap hari dengan kadar muat naik video lebih 500 jam kandungan setiap minit.
Sumber: Time, USA Today, The Guardian
Sumber : Berita Astro Awani
#PeristiwaHariIni #Beritaastroawani #youtube
0 - 0
Sabtu,
11 Feb 2023,
Harini terjumpa adik Haziq PAK MAT Western a.k.a wartawan cilik dekat Amanjayamall, Sungai Petani, Kedah.
Masa tue dia dok pulun main mesin doll claw ka apa ka nama xtau, hat dok cekau² anak patung tue..!
Time ajak bergambaq tu..Mulih kat dia beruang sekoq! Tiber!! 😂
Lincah & comel ja adik Haziq nie..!! 😆
Semoga bertambah murah rezeki adik Haziq & keluarga..Serta berjaya di dunia & di Akhirat..
☺️✌️
.
.
.
#amanjayamall #haziq #Pakmatwestern #wartawancilik
1 - 0
Awal tadi pii tempat mendobi..
orang ramai!!
Cari dobi lain..
Lepastu pii tempat dobi lain, boh duit x keluar token pulak..
call tuan dobi, katanya token habis,
Duit dia akan transfer balik.
Ok fine!
Mai tempat mendobi yg ke-3 sini,
Tinggal 10min nak habis mesin rosak pulak dah,
Pintu tak boleh bukak!
Baju terperangkap dekat dalam tu..
Call owner 10 min dia sampai..
Nie tggu 30min dah nie weii!!
Hangit!! 🤦🏼♂️
.
.
.
#laundry #dobilayandiri #kotabahru #kelantan
1 - 0
Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim
Diatas lantikan sebagai
Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-10
Menerusi Kerajaan Perpaduan
☺️👍
#Kenali PM ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim -
- Datuk Seri Anwar Ibrahim berusia 75 tahun dikenali di seluruh dunia sebagai seorang muslim demokrat dan reformis.
- Lahir di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
- Merupakan anak kepada Datuk Ibrahim Abdul Rahman yang merupakan merupakan ahli politik Perikatan/ UMNO. Allahyarham menang bertanding dalam PRU 1959 bagi kawasan Seberang Tengah, Pulau Pinang (1958-1964).
- Ibunya, Che Yan Abdul Hamid Hussein ialah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.
- Memulakan alam persekolahan pada tahun 1954 di Bukit Mertajam Boys School, Pulau Pinang dalam aliran Bahasa Melayu. Kemudian beliau meneruskan persekolahan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1960. Beliau juga merupakan Ketua Pengawas MCKK.
- Sewaktu di sekolah menengah, beliau aktif sebagai pemidato dan aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu serta menjadi wakil pembahas.
- Pada tahun 1968, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Pengajian Melayu (Sastera).
- Berkahwin dengan doktor mata, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga mengikut jejak langkah beliau dalam arena politik. Dr Wan Azizah merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran PH pada 2018 hingga 2020.
Islam Antrabangsa (IIIT).
- Beliau juga merupakan pemimpin popular di seluruh dunia dan rapat dengan beberapa pemimpin luar negara termasuk Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali sebagai BJ Habibie, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani.
- Menghasilkan koleksi buku antaranya ‘Membangun Negara Madani’. Buku setebal 187 muka surat itu menggariskan aspek merangkumi kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan.
- Sumber Berita Astro Awani
Hari Bersejarah
Khamis
24 September 2022
1 - 0
Harini buat minor surgery buang benjolan dekat siku yg dipanggil "LIPOMA"
Pada awalnya aku dok ingat ketuat!
Tapi makin lama makin besaq pulak menatang ni!
Disebabkan benda ni mcm mengganggu hidup aku.
Mana la dak kan.. kalau terqanduh apa², aku rasa sakit sangat!
So aku pun pii la jumpa dapatkan nasihat & penerangan dari doktor.
Baru la aku tau benda ni dipanggil Lipoma
& selamat dibuang..!
Agak lama jugak doktor nak buang lipoma ni tadi sebab doktor kata dia berakaq,
So kalau nak buang kena buang akaq² semua..kalau tak buang habis..Lipoma ni boleh naik & membesar balik!
Apa itu Lipoma..??
Lipoma adalah benjolan lemak yang tumbuh secara perlahan di antara kulit dan lapisan otot. Jika ditekan atau digelintei dengan jari secara lembut, rasa syok dok main dia. Lipoma tak menimbulkan rasa sakit kalau dok tekan biasa² ja.
Tapi, kalau teranduh atau dalam bahasa utara dia terbeqetoh kena apa² memang terasa pedih & perit sangat!
Lipoma tidak merbahaya..
Tetapi lipoma boleh membesar, sebesar bola ping pong katanya 😅
Lipoma boleh terjadi di bagian tubuh mana pun, tetapi umumnya benjolan muncul di area punggung, paha, leher, lengan, perut, atau bahu.
Alhamdulillah
Harini, selesai membuang Lipoma ni..
Selamat tinggal Lipoma!!
Terima kasih kepada Dr. Ibnu Al-Khalifah dari Klinik Cinta Sayang Taman Ria Jaya
P/s :
Date : 26/08/2022 (Jumaat)
.
.
.
#lipoma #lipomasurgery #klinikcintasayang #tamanriajaya #minorsurgery
0 - 0
Penat fizikal, penat mental, penat emosi. Penat semua.
Siapa yang rasa hidup dia kelam kabut?
Siapa yang rasa hidup dia penat buat macam-macam?
Percayalah sebaik sahaja kita mati, kita akan minta sungguh-sungguh kepada ALLAH untuk kembali ke dunia.
Apabila kita duduk dalam kubur kelak, kita boleh buat apa dalam kubur?
Dalam kubur tak boleh buat apa-apa dah.
Nak masak?
Tak boleh.
Nak mengemas rumah, nak jemur kain, nak lipat kain?
Tak boleh.
Nak ke sana ke mari, nak buat itu nak buat ini?
Kita tak boleh buat apa-apa dalam kubur.
Agak-agak boring tak nak tunggu dibangkitkan di Mahsyar?
Berapa tahun kita nak duduk dalam kubur?
Berpuluh tahun, beribu tahun, beratus tahun mungkin.
Dalam kubur nanti kita boring tak?
Kalau kita berada di dalam Taman Syurga ALLAH, Insya-ALLAH kita tak boring.
Tapi kalau dalam keadaan di jurang api Neraka, hidup dalam keadaan terseksa maka sangat dahsyat.
Ramai mana manusia selepas sesaat masuk kubur, lepas sesaat saja ditarik nafasnya, merayu-rayu meminta untuk dikembalikan ke dunia mahu menyibukkan diri dengan amal soleh dan beribadah. Merayu-rayu meminta-minta dengan ALLAH untuk kembali ke dunia.
"Ya ALLAH, aku nak sibukkan diriku menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Aku tak nak sibukkan diriku dengan perkara yang lagho melalui handphone."
"Ya ALLAH, kembalikan aku ke dunia. Aku nak sibukkan diriku untuk memperbaiki diriku menjadi isteri yang terbaik buat suamiku. Menjadi ibu yang terbaik. Menjadi ummat Nabi Muhammad SAW yang terbaik. Menjadi seorang anak yang terbaik buat ibu dan ayahku. Ya ALLAH, aku nak sibukkan diriku untuk buat sesuatu yang terbaik untuk agama-MU."
Allahu Akhbar.
Selepas sesaat kita ditarik nyawa, ketakutan kita dihantar ke tempat yang paling gelap, paling sempit dan paling sunyi. Di tempat yang benar-benar kita keseorangan. Kita nak ramai manusia di sekeliling kita.
Sekarang kita di kelilingi manusia yang ramai. Ada yang kita tak nak jumpa. Ada yang kita jumpa, kita rasa serabut. Ada suami. Ada isteri. Ada anak ramai. Ada adik beradik. Ramainya manusia yang kita nak kena urus. Tapi dalam kubur nanti kita akan bertempik untuk kembali kepada kehidupan bersama dengan manusia. Allahu Akhbar.
Nanti dalam kubur dah tak sibuk. Dalam kubur semua sudah terhenti.
Motivasi diri.
Tak apalah kita sibuk kat dunia ni. Tak apalah penat. Tak apalah kelam kabut.
Tengok kita kelam kabut dengan perkara apa?
Urusan rumahtangga?
Ok lah.
Kelam kabut dengan urusan kerja?
Ok lah.
Ok lah kita sibuk dan kelam kabut dengan perkara kebaikan.
Sebab ramai di luar sana yang kelam kabut dengan perkara maksiat. Ramai yang sibuk dengan handphone tak habis-habis nak buat video itu video ini tetapi video yang menjerumuskan maksiat. Ramai yang sibuk dengan handphone tak habis-habis bergosip, tak habis-habis menjatuhkan orang dan menghina.
Jadi sibuk, tak ada masalah. Kelam kabut, tak ada masalah. Penat, tak ada masalah.
Tapi kita tengok kelam kabut, sibuk dan penat kita tu sebenarnya sedang menuju ke arah mana?
Jika dekat dengan ALLAH dan dekat dengan Syurga maka ok. Teruskan.
~~~~~~~~~~~~~~
Pengertian redho dalam Tasawwuf ada 3.
1. Redho dengan segala perintah ALLAH.
2. Redho dengan segala larangan ALLAH.
3. Redho dengan segala ketetapan ALLAH sama ada ketetapan yang baik ataupun ketetapan yang buruk. Redho dengan takdir ALLAH.
Apa maksud redho dengan perintah ALLAH?
Orang yang redho dengan perintah ALLAH maksudnya dia tak protes perintah ALLAH. Terbukti pada dirinya, dia mentaati perintah ALLAH. Itu maksud redho pada perintah ALLAH.
Kalaulah anak kita masuk sekolah , dia tak nak pakai baju sekolah. Dia pun pergi sekolah pakai baju biasa. Anak ini akan dipanggil oleh Guru Disiplin.
"Kenapa kamu pakai baju biasa?"
"Saya.... Ermmm ... "
"Kamu suka tak masuk sekolah ni?"
"Saya suka tapi saya tak suka pakai baju sekolah. Saya tak setuju pakai baju sekolah."
"Kalau kamu tak setuju, kalau kamu tak nak pakai baju sekolah, maksudnya kamu tak boleh terima. Seolahnya kamu tak redho dengan peraturan sekolah ni. Kamu keluar. Kamu keluar dari sekolah ni. Kamu pergi ke sekolah lain."
Sebab itu ada riwayat menyebutkan tentang satu hadis yang berbunyi,
"Barangsiapa yang tidak redho dengan ketetapan-KU maka carilah Tuhan selain daripada-KU."
Analoginya Guru Disiplin bercakap tadi kalau kamu tak redho dengan peraturan sekolah ni maka keluar dari sekolah ni. Cari sekolah lain yang boleh pakai baju bebas.
Ramai mana manusia ni dia tak sebut direct,
"Saya tak redholah dengan peraturan pemakaian Islam ni."
Mulut tak cakap, tetapi perbuatannya, apa yang dia pakai itu menunjukkan dia tak setuju dengan peraturan yang ALLAH telah tetapkan.
Sebab itulah penting sangat kita jadi hamba ALLAH yang redho. Redho dengan perintah ALLAH. Redho dengan larangan ALLAH.
Yang ALLAH larang, kita tak boleh buat walaupun kita suka. Kita kena redho. Kita tak boleh protes. Apapun hujah yang datang dengan sesuatu yang ALLAH larang maka kita kena tolak.
Ramai yang tak redho dengan takdir.
Dah elok dah dapat suami. Suami tu dah baik dah pun. Bukan suami yang zalim. Bukan suami yang tidak bertanggungjawab. Cuma dia nak lebih. Jadi dia tak redho dengan nikmat yang ALLAH bagi. Sebab kurang syukur. Bukan sebab keburukan tetapi sebab kurang syukur.
Order makanan contohnya. Bila sampai, tak kena dengan selera tekak. Dia bukan diuji tak ada makan tapi dia diuji dengan ada makanan.
Sebab itu nak redho ni pun perlu ilmu.
Ada orang dapat nikmat tapi tak redho dengan nikmat dan nikmat itu jadi azab. Dalam nikmat, ramai mana ALLAH mengazab hamba-NYA kerana nikmat. ALLAH menghukum hamba-NYA kerana nikmat.
لَىِٕنْ شَكَرْتُمْ لَاَزِيْدَنَّكُمْ وَلَىِٕنْ كَفَرْتُمْ اِنَّ عَذَابِيْ لَشَدِيْدٌ
"Barangsiapa yang bersyukur maka pasti Kami akan tambahkan nikmat ke atasnya. Dan barangsiapa yang kufur dengan nikmat-KU sesungguhnya azab-KU amat pedih."
ALLAH bukan sebut barangsiapa yang tidak ada nikmat.
Ini adalah satu peringatan dan amaran kepada orang yang ALLAH beri nikmat.
Semua orang ada nikmat.
Kalau tak ada nikmat suami, ada nikmat ibu dan ayah. Ada nikmat kawan-kawan.
Yang berkahwin, ada nikmat pasangan. Ada nikmat anak-anak.
Ada nikmat rumah. Ada nikmat kenderaan. Ada nikmat makan.
Peringatan kepada orang yang diberi nikmat, jika kufur dengan nikmat ALLAH, azab ALLAH amat pedih. Allahu Akhbar.
~~~~~~~~~~~~~~~
Kita menzalimi diri sendiri bukan dengan memukul diri sendiri sampai berdarah tetapi kita menzalimi diri kita dengan kita melakukan dosa, melakukan maksiat, menangguhkan taubat dan menangguhkan hijrah.
Apa kesannya?
Dosa, dosa dan dosa.
Dan kesan paling dahsyat, kita sendiri yang mencampakkan diri sendiri ke dalam Neraka.
Sebab itu ayat Laa Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zholimiinn,
"Tiada Tuhan melainkan-MU Ya ALLAH. Aku melakukan kezaliman."
Adalah zalim bila kita buat sesuatu yang mendatangkan kemarahan ALLAH. Kemarahan ALLAH datang dengan pakej catatan dosa. Jika dahsyat himpunan dosa dan tak sempat bertaubat maka datang dengan pakej dosa dan Neraka. Tidak ada yang lebih zalim melainkan kita mencampakkan diri kita kepada kejahatan dan keburukan.
Sebab itu ALLAH berfirman ,
وَلَا تُلْقُوْا بِاَيْدِيْكُمْ اِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ
"Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kecelakaan."
~~~~~~~~~~~~~~
( Antara ceramah dan tazkirah Ustazah Asma Harun dalam Kuliah Kitab Riyadhus Solihin Siri 177 pagi tadi. Jazakillahu Khair Ustazah ❤️ )
Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat.
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
#yusnizayaziz
#PAMM
12 Muharram 1444H
10 Ogos 2022
Kredit : Yusniza Yaziz
0 - 0
Assalamualaikum semua..
Selamat datang ke Azami Jamaludin Channel.
Dalam channel ini saya akan share apa yg saya rasa suka nk share & mungkin ada video yg bermanfaat untuk korang semua..
Channel ini jugak saya jadikan album untuk saya simpan memori dan kenangan bersama keluarga saya..
Untuk tatapan anak² & cucu cicit saya yg skan datang...
Saya harap kawan² semua dapat support channel saya ini..dengan menekan butang SUBCRIBE
Terima kasih semua..
All In One
- Vlog
- Menu Masakan, Biskut Dll..
- Jalan² Bersama Family
- Simpan Kenangan
- Artis
- Unboxing
Semua boh..hentam taroo!!
Semoga bermanfaat
Jangan Lupa Untuk :
LIKE!! SUBCRIBE!!