Channel Cikgu CtR EduTv2 ini diwujudkan selepas channel pertama saya Cikgu CtR EduTv digodam. Tujuan saya membangunkan channel ini adalah untuk membantu anak-anak murid, ibu bapa serta rakan-rakan guru di luar sana tentang pendidikan terutama Subjek Matematik sekolah rendah. Selain itu, saya juga ada koleksi video anak-anak murid /didik saya dalam bidang bercerita. Sebagai seorang Jurulatih Utama, saya amat berbangga dengan hasil pencapaian saya dan saya rasa ia perlu diabadikan dalam bentuk video.