Channel Avatar

Muassis TV @UCyrt0eX2xDInYzb2z5YDqXw@youtube.com

3.1K subscribers - no pronouns :c

Platform Tarbiyah Pilihan Anda


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

Muassis TV
Posted 1 year ago

🥳🎊 TAHNIAH KEPUTUSAN UPU🎊🥳

Tahniah diucapkan kepada anda semua atas keputusan UPU anda!

Di bawah adalah senarai group IPTA yang dibangunkan oleh senior-senior SQ Rangers untuk lebih memudahkan proses kemasukan dengan bantu satu sama lain, membantu korang bertanyakan soalan dan update maklumat terkini berkaitan persediaan IPTA untuk korang.

UM (Universiti Malaya) - Brothers Only
TG: t.me/um2223
WA: chat.whatsapp.com/HzA4CPJQBmF9gBdHQ1PlHn

UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) - Brothers Only
TG: t.me/ukm2223
WA: chat.whatsapp.com/FEWALihtY7P7c6CdXJOVk7

UPM (Universiti Putra Malaysia) - Brothers Only
TG: t.me/upm2223
WA: chat.whatsapp.com/BfZciXAF9U7LKhzI1hr2wG

UTM-KL (Universiti Teknologi Malaysia Kampus KL) - Brothers Only
TG: t.me/utmkl2223
WA: chat.whatsapp.com/KzaD12cGO7q2llazhrZKo5

UTM (Universiti Teknologi Malaysia) - Brothers Only
TG: t.me/utm2223
WA: chat.whatsapp.com/FrcWdWqE8MNDK8a3GdZurD

UiTM-Shah Alam (Universiti Teknologi MARA Kampus Shah Alam) - Brothers Only
TG: t.me/uitmshahalam2223
WA: chat.whatsapp.com/DjtddLtDT43C17qQGLey8b

UiTM-Puncak Alam (Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam) - Brothers Only
TG: t.me/+8UvnzjPfq-42ZmJl

UiAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) - Brothers Only
TG: t.me/uiam2223
WA: chat.whatsapp.com/DJnTMyAisrs425o7MBaRZc

UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) - Brothers Only
WA: chat.whatsapp.com/Dwe0GZmt68LCyIObNwDWao

UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) - Brothers Only
WA: chat.whatsapp.com/Dos5yHNGV8eHWYWGgcBOZN

USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) - Brothers Only
WA: chat.whatsapp.com/B6O326Ht7KVHYMp9RqE4DA

UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) - Brothers Only
WA: chat.whatsapp.com/EOKtNq7jsYY9UFJcElaRhK

UUM-KL (Universiti Utara Malaysia Kampus KL) - Brothers Only
WA: chat.whatsapp.com/Lfi5ejYmDKg0AEDeByzSsg

Kampus korang tiada diatas? Maaf sebab rangers kami tiada disitu tapi In Shaa Allah boleh manfaatkan group umum kami 😊👇
TG: t.me/sqbrother
WA: chat.whatsapp.com/LeNvum0F4c66xA8SRekIPb - Brothers Only

1 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

“Arrgghh!!
Gerammm!! 😡😡..

Rasa macam nak terbang pegi palestin sekarang jugak!

Aku ni masih muda,
Badan pun kuat lagi!!
Rasa tak berguna bila hanya mampu tengok je org palestin kena bom!

Apa yang aku perlu buat lebih lagi?
Apa peranan aku sebagai saudara semuslim?
Doa?
Infaq?
Lagi?...
Aku nak berjuang!!”

Haaa..
Itu ke rasa hati anda?
Nak tahu amal yg SETARA dgn penduduk Gaza bahkan pejuang al qasam?!

Ayuh join kami:-
📚 Palestin: Apa Peranan Kita
👳🏻‍♂️ Ust Dr Talhah Ajmain
🗓 23 Mei 2021, Ahad
⏰ 9.00-10.30 malam
🔗 Zoom & Youtube
🗣Terbuka kepada semua

Isi link di bawah untuk mendaftar!
👇🏻👇🏻
tinyurl.com/ApaPerananKita
tinyurl.com/ApaPerananKita
tinyurl.com/ApaPerananKita
***
Dibawakan kepada anda oleh Iman Moment
t.me/imanmoment

4 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

[Sedeqah yang Ikhlas Menghapuskan dosa Sepenuhnya]

Diceritakan oleh Ibn Abbas (RA)

... ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة
Maksudnya : ".. kedermawanan Rasulullah SAW (Ketika Ramadhan) melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

1) Kita boleh fahami dalam 2 maksud berdasarkan hadis ini. Pertama betapa pemurahnya Rasulullah SAW ketika masuk bulan Ramadhan, untuk kita ikuti. Ibaratnya, baru masuk duit gaji dalam poket, 5 saat kemudian, Kita keluarkan semuanya dan sedeqahkan kesemuanya.

2) Makna yang ke-2 dari Hadis tersebut ialah, "angin" tersebut. Angin berperanan untuk memberi manfaat kepada ramai orang dengan oksigen, rasa damai angin. Maka, boleh kita fahami juga, Infaq atau sedeqah yang Rasulullah SAW lakukan, menerima tempias kepada ramai orang. Bukan seorang atau satu keluarga sahaja.

3) Mari Kita mencontohi 2 amalan sedeqah ini. Bukan sahaja al-Quran (untuk diri sendiri Kita pulun), Bahkan kita juga pulun memberi sebanyak mungkin kesan kepada manusia sekeliling kita dengan bersedeqah/Infaq.

4) Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata:

...قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ : الصَّوْمُ جُنَّةٌ ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

Maksudnya : Baginda bersabda, "Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” [Riwayat al-Tirmizi (2616), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (11394) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (103)]

5) Ulama' sirah, iaitu syeikh Al-Mubarakfuri berkata: Ungkapan “وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ” (Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api) dengan maksud menghilangkannya dan menghapuskan kesannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/237)

Subhanallah, Ungkapan Hadis di atas bermaksud, dosa yang kita pernah lakukan, di ampunkan dan di maafkan sepenuhnya. Bahkan, kita juga memohon agar maksiat dan dosa yang kita sedang berjuang untuk tinggalkan, mungkin inilah masanya. Hilang sepenuhnya tanpa meninggalkan kesan apa-apa tatkala kita infaq dan bersedeqah. Rebutlah peluang ini, infaq sebanyakknya di Bulan Ramadhan yang mulia ini, agar Allah SWT menghapuskan dosa Kita sepenuhnya, dan menghilangkan hal masksiat yang masih saki baki tertinggal.

5) Ambillah peluang dan kelebihan Ramadhan yang masih berbaki ketika ini, untuk kita ambil sebanyakknya peluang amal-amal berdasarkan dalil yang ada. Terutama Infaq dan sedeqah ini.

6) Jika di rumah, letakkan Beberapa Tabung infaq. Untuk saudara Kita di Palestine/Syria/Yaman. Fakir miskin. Anak yatim. Menyediakan juadah pada jiran tetangga dan keluarga. Berilah duit Raya Tahun ini dalam Bulan Ramadhan, agar kebaikannya lebih banyak dan berganda.

Asatizah Muassis
Ramadhan 1442H

tinyurl.com/SertaiMuassis

4 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

[al-Quran Pemberi Syafaat di Akhirat]

Sebuah Hadis dari Abu Umamah RA, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]

1) al-Quran kelak ketika tiada yang boleh membantu, al-Quran lah antara yang hadir untuk selamatkan Kita, memberi Syafaat kepada mereka yang ketika di Dunia, memeliharanya, membacanya dan beramal dengannya.

2) Dalam Hadis tersebut, kalimah yang digunakan adalah, "أَصْحَابِ", yang membawa maksud Kawan, sahabat yang selalu dengannya. Hal ini bermaksud, beliau ketika di dunia dahulu, menjadikan al-Quran Kawan rapatNya. Selalu dengannya. Melazimi membacanya di mana sahaja, mengadakan masa untuk tilawah dan mentadabburnya.

3) Hadis lain yang menceritakan, al-Quran dan Ramadhan ada juga disebut. Dari Abdullah bin ‘Amr RA berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:

الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ، مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، وَيَقُولُ الْقُرْآنُ: مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ، فَشَفِّعْنِي فِيهِ، قَالَ: فَيُشَفَّعَانِ

Maksudnya: “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat buat hamba pada hari kiamat. Puasa berkata: “Wahai Rab!, Aku telah menahannya daripada makan dan syahwat pada siang hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Al-Quran pula berkata: Aku telah menahannya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya. Kemudian, keduanya memberi syafaat (kepada orang yang melakukannya).” [Riwayat Ahmad (6626) dan al-Thabarani (88)]

Al-Quran akan hadir memberi Syafaatnya, kerana ketika di dunia, Hamba Allah tersebut berjaga di malam Hari untuk membacanya, melaziminya. Beruntunglah mereka yang berjaga di malam Hari dan awal pagi untuk membaca dan menelaah al-Quran.

4) Bangun malam, yang di baca ayat-ayat al-Quran, itu juga bermakna menjaga al-Quran. Marilah Tingkatkan hafazan, agar Kita melazimi banyak lagi surah dan ayat-ayat al-Quran dalam solat malam kita.

5) Kerisauan pada diri kita adalah, ketika mana Kita mula makin jauh dengan al-Quran. Sebelum ini membacanya, lama kelamaan mula meninggalkannya. Hal ini disebut dalam al-Quran. Surah Al Furqan ayat 30 :

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً الفرقان
Maksudnya:
“Berkatalah Rasul: Wahai Rabbku sungguh kaumku telah menjadikan Al Qur’an ini “Mahjura” (sesuatu yang diabaikan)”.

6) Sehingga kita merugikan diri kita sendiri di dunia dan di akhirat. Kerugian di dunia adalah tidak menjadikan al-Quran sebagai solusi dan bekalan (Hidup terumbang ambing). Dan di akhirat pula, al-Quran tidak dapat membantu menyelamatkannya.

Asatizah Muassis
Ramadhan 1442H

tinyurl.com/SertaiMuassis

3 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

IBRAH SURAH YUSUF


Bukan hanya untuk Yusuf tetapi untuk kita semua. Thiqah dengan tadbir dan taqdir Allah swt

https://www.youtube.com/watch?v=GjMeW...

0 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

[Sabar Untuk Ditarbiyah]

Setiap malam Jumaat, ketika kita menekuni ayat demi ayat surah al-Kahfi tentu ada sahaja kisah yang menjentik hati dan memberikan inspirasi buat kita.

Antara pengajarannya, tentu sahaja sabar dalam proses menuntut ilmu, sabar untuk ditarbiyah. Itulah barangkali mesej terbesar yang dapat digarap dari rehlah ilmiah Nabi Musa as.

Sehinggakan, Imam Bukhari meriwayatkan satu hadis yang panjang berkaitan rehlah ilmiah ini seperti mana juga dalam surah al-Kahfi. Hadis ini dimasukkan dalam Kitab Ilmu dalam Sahih Bukhari. Di penghujungnya kita naqalkan:

قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ يَرْحَمُ اللَّهُ مُوسَى، لَوَدِدْنَا لَوْ صَبَرَ حَتَّى يُقَصَّ عَلَيْنَا مِنْ أَمْرِهِمَا ‏"‌‏.‏

Rasulullah saw bersabda, "Semoga Allah merahmati Musa as, kita sangat berharap kalaulah beliau bersabar nescaya Allah akan menceritakan perihal keduanya."

Masha Allah.

Betapa sabar akan membuahkan lebih banyak pengalaman, pelajaran dan pedoman. Andai sahaja beliau bersabar. Namun itulah lumrah menuntut ilmu dan mentarbiyah diri.

Bahkan Imam Syafie telah mewariskan 6 pesanan dalam menuntut ilmu yang mana antaranya ialah طول الزمان iaitu panjangnya waktu. Panjangnya tempoh belajar, lama dan tekun menuntut ilmu akan melahirkan individu yang matang ilmu & rasikh kefahamannya.

Orang yang rasikh ini mempunyai jelas pandangan dan pendiirian sehingga dipuji oleh Allah swt

وَٱلرَّٰسِخُونَ فِي ٱلۡعِلۡمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلّٞ مِّنۡ عِندِ رَبِّنَاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ

.. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

-Sura Aal-E-Imran, Ayah 7

Maka Saudaraku, bersabarlah di jalan tarbiyah ini yang mendidik kita segenap ilmu kehidupan. Tarbiyah tidak pernah berhenti melainkan kita yang berhenti 😇

t.me/muassis

1 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

QURANIC CIRCLE (QC) GROUP

Jika anda tercari-cari medium dan support group untuk berhijrah
dan sama-sama kembali kepada Quran
😇😇😇

Sama-sama nak usaha menjadi muslim/muslimah Qurani di zaman kontemporari ini,
🤩🤩🤩

Jom join kami!!
👋🏻👋🏻👋🏻

PM Bro Muassis
tinyurl.com/QCforBros

PM Sis Iman Moment
tinyurl.com/QCforSis

*
Dibawakan kepada anda oleh Muassis, Iman Moment dan Pertubuhan Muslim Proaktif 🙌🏻

3 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

IBRAH SURAH TAHA

Surah buat mereka yang merasa penat dengan islam. Surah buat mereka yang rasa penat dengan ibadah, penat dan jemu dengan dakwah. Surah untuk kita semua.


Saksikan...

https://www.youtube.com/watch?v=PjPLm...

0 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

Ramadan Antara 2 Jihad

1. Antara kitab yang baik untuk dijadikan panduan sepanjang tahun dalam meneliti hari hari dalam kehidupan terutama pada bulan bulan yang mulia disisi Allah ialah kitab Lathaif Al Maarif oleh Imam Ibnu Rejab Al Hanbali (795H) . Kitab yang membicarakan setiap perbahasan berkaitan amalan sepanjang tahun berpandukan bulan bulan islam.

2. Maka pastilah perbahasan pada tajuk Ramadan antara perbahasan yang panjang dalam kitab beliau sesuai dengan gelaran penghulu segala bulan.

3. Ada satu topik yang menarik disebut oleh beliau iaitu 2 Jihad " Ramadan berhimpunya dua jihad.

علم أن المؤمن يجتمع له في شهر رمضان جهادان لنفسه: جهاد بالنهار على الصيام, وجهاد بالليل على القيام, فمن جمع بين هذين الجهادين, ووفّى بحقوقهما, وصبر عليهما, وفّى أجره بغير حساب

" Ketahuilah bahawa seorang mukmin melakukan dua jihad di bulan Ramadan. Jihad pertama adalah jihad pada diri sendiri di siang hari dengan berpuasa. Sedangkan jihad kedua adalah jihad di malam hari dengan qiam.

Siapa yang melakukan dua jihad dan menunaikan hak-hak berkaitan dengan keduanya, lalu terus bersabar melakukannya, maka ia akan diberi ganjaran di sisi Allah dengan pahala tanpa batas "

4. Seperti yang difahami umum , perkataan jihad membawa erti kesungguhan dalam kesusahan Dan tiada yang mudah bila mana ia melibatkan "jihad" dan pemilihan perkataan oleh Imam Ibnu Rejab Rahimahullah bertepatan dengan keadaan pada bulan Ramadan.

5. Maka disini kita juga diingatkan kepada nilai dan hakikat Ramadan yang sebenar , Ramadan yang sebenar bukan bermula dari azan subuh hingga azan maghrib tapi Ramadan ini setiap detik. Setiap detik jugalah kita dituntut untuk membina jiwa dan rohani kita dengan amalan amalan mendekatkan diri kepada Allah bukan sekadar belapar, dahaga dan berbuka semata mata. Namun hati dan seluruh anggota ada tugasnya dalam jihad ini.

6. Jihad kita pada bulan Ramadan tidaklah mengharapkan selain dari janji Allah pada kita iaitu Ketaqwaan. Suasana meriah dengan saudara mara dan sahabat handai pada iftar dan terawih hanyalah bonus. Rasa sihat bila jaga pemakanan hanyalah bonus. Bazaar dan juadah beraneka hanyalah bonus. Taqwa itulah dambaan kita yang paling utama.

7. Maka Jihad tanpa hala niat yang jelas dan bersih akan merosakkan nilai jihad kita :

لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ
“Jika kamu mempersekutukan (Rabbmu), niscaya akan hapuslah amalmu.” (QS. Az Zumar: 65)


8. Hampir berakhir fasa pertama Ramadan ini , maka ada baiknya kita menyusun semula strategi taqwa kita , muhasabah pencapaian kita. Agar lebih baik dan ikhlas atas jalan jihad Ramadan ini. Moga kita dijauhi dari golongan yang disebut oleh Rasulullah :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
"Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”.
Riwayat Ibnu Majah

Selamat Berjihad.

Ustaz Abu Haajar
Asatizah Muassis

tinyurl.com/SertaiMuassis
tinyurl.com/SertaiMuassis

1 - 0

Muassis TV
Posted 3 years ago

KITA ADALAH PENDAKWAH, BUKAN PENGHUKUM

Semasa menamatkan bacaan surah al-Maidah, kami duduk termenung di hadapan ayat ini, khitab (bicara) Allah yang ditujukan pada para Rasul di hari kiamat:

۞يَوۡمَ يَجۡمَعُ ٱللَّهُ ٱلرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَآ أُجِبۡتُمۡۖ قَالُواْ لَا عِلۡمَ لَنَآۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّٰمُ ٱلۡغُيُوبِ

(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib"

-Sura Al-Ma'idah, Ayah 109

Sungguh luar biasa jawapan para Rasul bagi soalan diajukan. Kenapa?

Bukankah para Rasul ada yang didustai secara terang bersuluh, dikhianati oleh kaum mereka? Dicederai? Dilukai jasad dan emosi? Bahkan ada para utusan yang dibunuh oleh kaum mereka?

Memang ada.

Lantas, kenapa ketika ditanya oleh Allah berhubung penerimaan kaum mereka terhadap mereka, para Rasul tidak memanfaatkan kesempatan ini untuk membuat aduan panjang lebar, melepaskan geram dan amarah, montarkan keluhan kepada Allah?

Ibn Kathir menaqalkan beberapa pandangan berhubung perkara ini:

1) Kerana ngerinya suasana hari kiamat sehingga akal fikiran mereka yang ditanya kebingungan, langsung dijawab, "kami tidak nempunyai pengetahuan tentang hal itu.."

2) Jawapan ini membawa maksud, "..tiada pengetahuan bagi kami bila dibandingkan dengan pengetahuan-Mu yang meliputi segala sesuatu, sekalipun kami menjawab dan mengetahui siapa yang memenuhi seruan kami. Tetapi di antara mereka terdapat orang-orang yang kami hanya dapat mengetahui lahiriahnya saja, sedangkan mengenai batiniahnya tiada pengetahuan bagi kami. Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu lagi Mahaperiksa terhadap segala sesuatu.."

Ibnu Jarir telah memilih pandangan kedua ini. Ini menunjukkan adab para Rasul di hadapan Allah. Ia juga menunjukkan mereka tidak "berani" memberikan penilaian secara lahiriah terhadap kaum mereka pada hari kiamat berkenaan.

Kesimpulannya, jawapan para Rasul ini mengajar kita untuk tidak cepat mengeluh, membuat penilaian separuh masak dan membuat penghukuman kepada sasaran dakwah kita yang belum menerima dakwah ini.

Kemungkinan tolakannya semalam berdasarkan asas-asas yang kukuh.

Mungkin ia tidak mahu sertai kerana masa dan suasananya kurang sesuai.

Mungkin ia ada masalah peribadi yang memburunya sehingga tiada ruang untuk memikirkan tentang dakwah.

Oleh itu, para daei harus terus tegar melayani umat, mengajak mereka lagi dan lagi sehingga masa yang memutuskan sama ada akhirnya mereka merespon atau kita pergi dahulu bersama-sama ajakan dan usaha-usaha itu.


tinyurl.com/SertaiMuassis
tinyurl.com/SertaiMuassis
tinyurl.com/SertaiMuassis

1 - 0