Channel Avatar

Hazwan Hafiz | Budak Letrik @UCwh8Wlbn-yd910X10gLat7w@youtube.com

493 subscribers - no pronouns :c

Blogger ✍️ | Explorer πŸ—ΊοΈ | Storyteller πŸ“Έ Nasi Kandar Kelem


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

Hazwan Hafiz | Budak Letrik
Posted 1 week ago

Mendokumentasi Thaipusam.
A Mobile Photo Story via Xiaomi 14T

0 - 0

Hazwan Hafiz | Budak Letrik
Posted 1 month ago

[FULL SERIES] Rombongan Cik Kiah Overland ke BANGKOK πŸš‚πŸ‡ΉπŸ‡­

Haa, abang dah 'compile' semua bahagian cerita Rombongan Cik Kiah dari Part 1 sampai Part 9 dalam satu post ni.

Lengkap dengan link video, hangpa boleh klik dan rujuk perjalanan berkeretapi dari Kedah, Malaysia ke Bangkok, sampai ke Hua Hin, dan balik semula ke Hat Yai.

Abang dah tulis secara 'details' dalam setiap caption. Jadual train, harga tiket, tempat makan halal, hotel murah, tempat shopping, dan macam-macam lagi.

Pendek kata, kalau korang tengok semua ni, korang boleh plan trip sendiri tanpa guna travel agent. Jimat kos & lebih bebas nak ikut gaya korang!


---

🎬 Link Video Rombongan Cik Kiah Overland ke BANGKOK ▢️

(Dari Part 1 Sampai Part 9):


Part 1: www.facebook.com/share/v/1BFKiNrhvs/

Part 2: www.facebook.com/share/v/18LN8heGkJ/

Part 3: www.facebook.com/share/v/15VdueG7L1/

Part 4: www.facebook.com/share/v/18viSrhdGF/

Part 5: www.facebook.com/share/v/15dHe1CqDV/

Part 6: www.facebook.com/share/v/1HHPENFop6/

Part 7: www.facebook.com/share/v/1BcDVVrFfB/

Part 8: www.facebook.com/share/v/15q81dVVwt/

Part 9:
www.facebook.com/share/v/1YYbA7aX3J/

---

πŸ€” Kalau tak faham atau ada soalan?
Tanya je di ruangan komen setiap video. InsyaAllah abang akan jawab satu-satu bila abang free. Tak kira korang nak solo travel, family trip, atau bawa geng makcik-makcik, abang bantu setakat mana yang mampu.

➑️ Nak ke Bangkok naik keretapi ni bukan susah. Yang penting berani & rajin sikit buat research. Semua detail abang dah share, tinggal korang follow je!

Jom layan semua video ni! πŸš‚ Kalau rasa bermanfaat, jangan lupa share dengan kawan-kawan.
.
.
.
#Bangkok #HatYai #ThailandTravel #OverlandTrip #SleeperTrain #Hua Hin #Thai

0 - 0

Hazwan Hafiz | Budak Letrik
Posted 2 months ago

"Kenapa tak naik flight, sejam ja bang sampai Bangkok"
"Lama gila 15 jam, mesti boring bernanah punggung"

Soalan dari golongan 'kenapa' ni sukar untuk dijawab. Kenapa tak buat begitu, kenapa tak buat begini.

Bagi mereka, hidup ini kena pantas, efisien & tak boleh ada elemen suka-suka.

Mungkin fahaman mereka naik keretapi 15 jam sekadar duduk termenung tunggu punggung naik bisul.

Mereka tak pernah cuba, tapi lebih kepada menjadi 'jugde' panel tak bertauliah. Kononnya kematu bontot, boringlah, tak logiklah naik train lama-lama.

Mereka masih tidak memahami, pengalaman naik train ni ia berkenaan dengan jiwa, tentang kisah yang kita kutip sepanjang perjalanan.

Duduk dalam train 15 jam tu ya, mungkin tak ada Netfli, tak ada Wifi laju, tapi inilah peluang untuk tengok pemandangan sawah padi, perkampungan kecil, dan matahari terbenam yang kau tengok dari tingkap. Itu antara 'kemewahan' yang tak dapat dijual beli di Shopee, kawan.

Eh cerita soal bontot kematu orang tua pun steady ja naik train. Takkan orang muda lemah semangat sangat. Benda boleh bangun jalanΒ² ronda gerabak ke gerabak kalau lenguh punggung.

Sebab itulah koridor panjang, siap boleh bersembang dengan penumpang lain lagi. Dan dan rasa macam dalam filem 'Darjeeling Limited' πŸ˜€

Ini semua pengalaman yang flight 1-2 jam tak boleh bagi, walaupun duduk di 'business class'

Dan boring? Ini soalan orang yang hidupnya bergantung sepenuhnya kepada skrin telefon.

Dalam keretapi, kita ada masa untuk bercakap dengan diri sendiri, baca buku, atau merenung pemandangan yang berubah setiap minit.

Tak pernah ka rasa seronok tengok dunia bergerak perlahan?

Sebab itulah mereka 'boring', sebab mereka tak pernah berhenti untuk menghargai apa yang ada di depan mata. Segalanya nak 'instant'

Kalau nak cepat, naik flight. Kalau nak cerita hidup, naik train.

Mungkin sesetengah orang, cerita hidup tak penting. Yang penting bagi mereka 'timeline' Instagram nampak mewah & sesuai dengan standard yang mereka reka sendiri.

Jadi kepada mereka yang skeptikal, harus cuba dulu. Duduk dalam train, dengar bunyi roda berkeriut atas landasan, rasa getaran di kaki, lenggokannya.

Kita ni menikmati hidup, bukan bertanding siapa lebih praktikal.

Kalau mereka masih tidak faham konsep 'journey over destination', biarlah. Itu masalah jiwa yang tidak tahu menikmati hal-hal sederhana.
.
.
.
Shot on Xiaomi 14T
Special Express CNR No. 31
Krung Thep Aphiwat - Hat Yai Junction

#SleeperTrain #Hatyai #Bangkok #KrungThepAphiwat

0 - 0

Hazwan Hafiz | Budak Letrik
Posted 3 months ago

Kontrak sosial sebenar ialah kami boleh main mercun perayaan kami, kamu juga boleh main mercun perayaan kamu πŸŽ‰

0 - 0

Hazwan Hafiz | Budak Letrik
Posted 4 months ago

Dah masuk tahun 2024, dah boleh dah kot belajarΒ² guna AI buat logo sendiri.

Dok pakai gambar lama 10-15 tahun lepas waktu zaman belajar ja. Tak berkembang langsung.

0 - 0