Channel Hamba Allah ini ditubuhkan seiring dengan peredaran zaman ke zaman kaki pancing di seluruh dunia. Diharapkan melalui channel ini dapatlah kita sesama manusia saling berinteraksi di alam maya mahupun jika bertemu di luar sebagai seorang pemancing. Memancing adalah satu hobi yang mendatangkan hasil yang lumayan dan juga satu senaman badan yang baik. Jika ada rezeki dapat ikan, sedekah kepada jiran/rakan jika kita tidak mahu memakannya. Sekaligus Allah tambahkan pahala di samping memancing. Memancing itu harus dan akan jadi haram jika menyakiti binatang. Perbetulkan niat kita InsyaAllah Allah akan beri ganjaran dengan sesuatu yang baik.
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا وَرَسُوْلً
Islam mewajibkan kita untuk berbuat ihsan kepada makhluk yang hidup sama ada manusia mahupun haiwan kerana Allah mencintai orang yang berbuat ihsan dan kebaikan. Ini bermakna apapun bentuk kekejaman dan menyakiti haiwan hukumnya adalah haram dan pelakunya berdosa.