Hidup kita di dunia ini hanya pentas ujian dan ia bersifat sementara. Tak lama. Majoriti manusia zaman kini biasanya mati sebelum capai 80 tahun. Paling lama pun 100 tahun (itu pun jarang berlaku lah). Hakikatnya, kita semua akan mati kerana mati itu PASTI..
Di sana nanti kita akan jalani kehidupan kedua yang dinamakan KEHIDUPAN AKHIRAT yang kekal abadi. Penentuan tempat tinggal, rumah atau kediaman seseorang itu bergantung kepada amal perbuatan semasa hidup di dunia dulu..
Kalau baik, dibalas baik
Kalau jahat, dibalas jahat
Ini adalah janji dari Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Tuhan Yang Maha Menunai Janji
Kalau timbangan amal baik lebih banyak, maka SYURGA lah tempatnya..
Kalau timbangan amal kejahatan dan keburukan lebih banyak, maka NERAKA lah tempatnya..
Wal 'Iyazubillah...