Channel Avatar

Parti BERJASA Malaysia @UCr1p-W3kkSU_iZgGIuiLHqw@youtube.com

5K subscribers - no pronouns :c

Dengan membawa misi watan, hikmah dan wibawa, BERJASA ingin


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

Parti BERJASA Malaysia
Posted 1 week ago

AL-FATIHAH

Dukacita dimaklumkan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin telah disahkan meninggal dunia pada pagi ini.

BERJASA ingin merakamkan takziah kepada keluarga beliau dan ingin mengucapkan terima kasih di atas segala jasa beliau selama berbakti kepada negara.

140 - 14

Parti BERJASA Malaysia
Posted 1 month ago

Sungguh mengejutkan apabila The Star melaporkan kehadiran tentera laut China di Pulau Pinang dengan kekuatan seramai 1,000 orang dan 2 buah kapal tentera laut yang lengkap bersenjata.

Kehadiran mereka itu dipercayai di atas jemputan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang yang bernama Datuk Seri Law Choo Kiang.

Mereka kemudiannya melakukan lawatan ke sekolah persendirian Cina iaitu Chung Ling Private High School yang mana mereka juga sempat mengadakan perlawanan persahabatan ping pong dan bola keranjang bersama murid-murid di sekolah tersebut.

gelombangberjasa.com/kehadiran-1000-tentera-laut-c…

47 - 5

Parti BERJASA Malaysia
Posted 1 month ago

Ideologi LGBT di Malaysia semakin menampakkan belangnya apabila semakin berani menonjolkan kerja jahatnya di hadapan orang awam secara terang-terangan.

Hal ini merujuk kepada penganjuran Larian Pan Asia Antarabangsa 2024 yang dilihat cuba diambil kesempatan untuk mempromosikan dan hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Malaysia.

Penolong Setiausaha Agung Parti BERJASA, Ustazah Hajjah Kaslawati Kassim berpendapat tindakan mempromosi fahaman songsang ini jelas bertentangan dengan kehendak umum masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

gelombangberjasa.com/ancaman-lgbt-di-malaysia-sema…

83 - 10

Parti BERJASA Malaysia
Posted 2 months ago

SALAM TAKZIAH

Parti BERJASA Malaysia mengucapkan takziah di atas pemergian Sheikh Abdul Mun'im Soleh al-Ali al-Izzi atau lebih dikenali sebagai Muhammad Ahmad Ar-Rashid.

Antara karya beliau yang popular ialah Al-Muntalaq, Al-Masar dan Al-Awaiq.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

65 - 1

Parti BERJASA Malaysia
Posted 3 months ago

T-shirt Eksklusif "Singa H@m@s"

Kesy@h1d@n sang mujh1d, I$ma1l H@n1y3h kini diganti dengan Panglima Baru, Al-Q@1d Al-Muj@h1d Y@hy@ S1nwr. Dengan penuh semangat, kami ingin mempersembahkan T-shirt eksklusif "Sing@ H@m@s", direka khas untuk anda yang ingin menjadi sebahagian dari momento generasi pejuang bagi pembebasan P@l3st1n masa kini!

T-shirt ini direka penuh teliti bagi memberikan keselesaan dan gaya yang unik serta adanya mesej yang besar untuk dimaknai bersama. Dapatkan sebelum ia habis, kerana stok adalah terhad dan pre-order hanya dibuka untuk tempoh masa yang singkat!

Jaminan kami kepada anda✊ :

✅Kualiti yang selesa dipakai
✅Rekaan eksklusif, tulisan unik "S1ng@ H@m@s"
✅Pilihan warna yang menarik
✅Sesuai untuk semua golongan

Anda bertuah kerana 50% dari hasil keuntungan akan disumbangkan ke Tabung P@l3st1n!

Tarikh Pre-Order: 12 hingga 25 Ogos sahaja!

jasawatan.onpay.my/order/form/6

49 - 0

Parti BERJASA Malaysia
Posted 3 months ago

WALLPAPER PENUH SEMANGAT

Kami bawakan kepada anda sebagai tanda sokongan kita kepada perjuangan pembebasan Palestin dengan kehadiran Singa H@m.s yang bakal mengecutkan perut penjajah.

t.me/berjasamalaysia

58 - 3

Parti BERJASA Malaysia
Posted 3 months ago

Mereka tidak akan pernah sesekali berjaya memadam usaha pejuang kemerdekaan.

178 - 4

Parti BERJASA Malaysia
Posted 3 months ago

TAHNIAH YAHYA SINWAR

BERJASA ingin mengucapkan tahniah kepada Yahya Sinwar atas perlatinkan sebagai ketua parti H***s yang baharu.


Moga amanah yang diberikan dapat dijalankan dengan sebaiknya.

201 - 5

Parti BERJASA Malaysia
Posted 3 months ago

BANGI – Pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh sewaktu beliau mengadakan lawatan di Tehran, Iran jelas menampakkan sikap pengecut negara haram Israel. Tidak kira apa teori yang berlegar, Israel pasti berada di belakang tragedi dengan tangan kotornya yang membunuh Ismail Haniyeh.

Ketua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata tragedi ini merupakan satu jenayah perang oleh Israel yang secara jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Beliau juga tidak teragak dengan mendakwa pihak Zionis secara sengaja melakukan pembunuhan ini bagi mengelak sebarang perbincangan mengenai gencatan senjata diadakan. Hal ini demikian kerana sebelum ini sudah ada perbincangan mengenai perjanjian gencatan senjata yang ingin dimeterai namun digagalkan oleh pihak Zionis.

gelombangberjasa.com/pembunuhan-ismail-haniyeh-buk…

68 - 3

Parti BERJASA Malaysia
Posted 3 months ago

SELAMAT HARI PAHLAWAN NEGARA

BERJASA ingin mengucapkan Selamat Hari Pahlawan Negara kepada semua anggota badan beruniform di Malaysia.

Jasa anda sentiasa dihargai oleh semua rakyat Malaysia. Terima kasih sanggup menumpahkan darah untuk berbakti kepada negara

#BersamaPimpinNegara

Daftar ahli BERJASA:
bit.ly/daftarahliBERJASA

45 - 4