Dengan membawa misi watan, hikmah dan wibawa, BERJASA ingin menjadikan negara kembali kepada kegemilangan tanah Melayu suatu ketika dahulu yang mana tetap teguh dengan prinsipnya biarpun berhadapan dengan pelbagai perbezaan.
BERJASA ingin menjadi sebuah parti yang membentuk anak muda yang mengenal identiti sebenar mereka sebagai rakyat Malaysia yang begitu cintakan kepada negara dan berusaha mempertahankannya daripada pelbagai ancaman musuh yang sentiasa memerhati.
BERJASA mengajak semua rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk bersama kita pimpin negara ini dan kembalikan semula maruahnya.