in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c
Sitizone Singapore mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke - 14 buat pasangan Dato Sri Khalid & Dato Sri Siti Nurhaliza.
Semoga Rumah Tangga Kalian terus Sakinah, Mawadah, Warahmah. Ameen.
11 - 0
Cantikkan Inlay Album terbaharu DSCT?
•
Buat anda tidak kira dari Singapura atau tidak, anda masih boleh memesan album ManifestaSiti2020 (RM46.90) ini dengan klik link di bawah ini ⬇️⬇️
snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/289
Atau boleh Whatsapp KhyreeQ, di +6583138966 (untuk yang berada di Singapura)
#manifestasiti2020 #sitizone #sitinurhaliza #universalmusicmalaysia
Kredit @rozisangdewi
13 - 0
Sebagai Sitizoner Singapura, Saya benar benar semangat membeli sebuah album Dato Sri Siti Nurhaliza, adalah apabila album, Hadiah Daripada Hati diterbitkan pada tahun 2007. Sesuatu penantian itu ibarat satu penyeksaan, kalau boleh, saya ingin jadi peminat Singapura pertama yang membeli album - albumnya.
Di Singapura, ada beberapa kedai CD sahaja yang membawa masuk album DSCT, Antaranya Muzika Rekod. Kalau dulu, semasa panas panas album nak keluar, saya akan siap siap telefon abang Muzika dan bertanyakan jikalau albumnya dah sampai. Ha, kalau dah sampai, dapatlah saya membeli. Saya pernah demam akibat nak sangat beli album Lentera Timur.
Namun kini, sedang kita hidup dalam era digital, CD itu bukan lagi produk barangan yang diinginkan di setiap isi rumah, tapi, pendapat peribadi saya, ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi dan boleh dijadikan kenangan.
Sekarang memang banyak pelantar digital (spotify, joox dan deezer) menyokong artis artis mencari rezeki dengan penstriman lagu.
Kali ini, ManifestaSiti2020 akan menemui peminat Siti Nurhaliza tidak lama lagi, sebenarnya, saya tidak merancang untuk menjadi Affiliates SNP, niat hanya untuk membantu peminat Siti Nurhaliza di Singapura untuk mendapatkan album sahaja. Tapi, kata peribahasa, “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Semoga anda dapat menyokong usaha saya ya.
**Buat anda tidak kira dari Singapura atau tidak, anda masih boleh memesan album ManifestaSiti2020 (RM46.90) ini dengan klik link di bawah ini ⬇️⬇️
snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/Khyreeq
Atau boleh Whatsapp KhyreeQ, di +6583138966 (untuk yang berada di Singapura)
#manifestasiti2020 #sitizone #sitinurhaliza #universalmusicmalaysia
10 - 1
Dato Sri Siti Nurhaliza sebagai penampilan istimewa dalam Muzikal P. Ramlee yang dipentaskan pada tahun 2007 di Istana Budaya, beliau memainkan watak Azizah Hameed, kekasih pertama P. Ramlee sejak di bangku sekolah.
Mereka ditakdirkan bertemu dan berpisah. P. Ramlee berlepas ke Singapura untuk mengejar cita-citanya.
P. Ramlee menganggap Azizah sebagai pendorong beliau untuk meneruskan kerjayanya.
Dalam Filem arahan pertamanya; Penarik Becha, Seniwati Saadiah memainkan watak utama sebagai Azizah.
Lagu ‘Azizah’ ditulis di tahun 1945 pula dijadikn sebagai runut lagu filem tersebut.
Al Fatihah (dibaca) buat Allahyarham Tan Sri Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh atau dikenali sebagai P. Ramlee
Video credited to Enfiniti (M) Sdn Bhd, Dikongsi untuk semua para peminat Dato Sri Siti Nurhaliza.
https://youtu.be/4jZ1X3la91g
14 - 0
Kesungguhan Siti Nurhaliza untuk mendapatkan cahaya mata pertama. Ikuti temubual eksklusif bersama Ustaz Ebit.
0 - 0
This youtube channel belongs to Khyree, under the name of SitizoneSG (Sitizoners Singapore). Khyree was a former founder and DJ of Radio Siti FM - Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza. The radio has ceased its operation since 15 January 2020, a total of 10 years in service.