in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c
Tanggal 31 Ogos 2024, genap 67 tahun Malaysia merdeka. Kita seharusnya bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan dalam keadaan aman dan harmoni di negara tercinta ini.
Jangan sesekali kita lupa, keamanan yang kita kecapi pada hari ini, hasil titik peluh perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita pada masa dahulu. Jangan sesekali kita mensia-siakan perjuangan ini.
Semangat patriotisme dan kebersamaan dalam diri kita harus diperkukuhkan agar rasa cinta kita terhadap bumi Malaysia ini tidak akan pernah terpadam.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2024.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
70 - 6
Selamat Hari Pahlawan buat seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota keselamatan lain yang sedang dan telah menabur jasa, khidmat bakti serta berkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Anda semua adalah perwira dan pahlawan negara yang dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia. Pengorbanan anda semua tiada galang gantinya.
Terima kasih pahlawan negara!
117 - 7
Daulat Tuanku
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17.
110 - 5
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam di Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menghayati makna sebenar pengorbanan dan semoga kehidupan kita dipenuhi dengan kebaikan dan keberkatan.
21 - 0
Malaysian Chinese Association (MCA) Official Account