Kumpulan nasyid yang berasal dari Bumi Di Bawah Bayu. Sedaya upaya menerapkan hasil karya yang dapat meraikan permintaan genre tradisi dan kontemporari sealiran dengan peredaran zaman yang lebih mencabar. Penyampaian dakwah yang lebih jitu dan efektif serta menekankan kepada penguasaan dan pengaplikasian nilai rabbani dalam kehidupan seharian masyarakat. Bertunjangkan kepada mardhotillah dan proteksi Ilahi dalam menjalankan kerja-kerja agama melalui penyebaran ilmu Allah ini berdasarkan kaedah dakwah yang dipilih iaitu bernasyid. Semoga manfaat daripada usaha kecil ini berpanjangan, barokah dan berkekalan selamanya sehingga membolehkan keimanan dan ketaqwaan insani berubah ke arah yang lebih positif.