Channel Avatar

PROmediaTAJDID Short Video @UCfHC8HOnBAmA2rqqd25DB5Q@youtube.com

150K subscribers - no pronouns :c

Assalamualaikum! info PROmediaTAJDID!! anda dialu-alukan u


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 20 hours ago

Membakar kereta mufti, memberikan ancaman nyawa dalam laman sosial semua itu dianggap tidak membawa keganasan. Namun apabila kita mengingatkan tentang bahaya syirik, khurafat dan bidaah dianggap sebagai membawa kepada keganasan.

598 - 74

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 1 day ago

Lamanya tempoh mesyuarat dan "pemantauan". Kita berharap Jakim tidak jadi seperti dalam gambar ini.

470 - 79

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 2 days ago

Jika bab menjawab respon terhadap golongan "wahhabi", laju saja mereka bertindak. Bergegar di seluruh meja-meja ceramah di Malaysia. Tapi ketika berhadapan ajaran sesat, tiba-tiba lemau dan terus bagi alasan dalam "pemantauan".

Moga perkara ini tidak terjadi dalam realiti kehidupan kita.

734 - 121

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 3 days ago

Jakim Antara Zaman Dahulu dan Waktu Sekarang.

Dahulu dalam Jakim ada sosok tubuh yang digeruni oleh ajaran sesat dan ajaran yang menyeleweng. Beliau adalah Prof Dr Abdul Fattah Haron (rujuk gambar) yang merupakan panel kajian akidah Jakim.

Sebab itu tidak pelik dahulu banyak ajaran tareqat yang menyeleweng dan bercanggah ditentang oleh beliau ketika masih hidup. Golongan ajaran sesat tidak berani "angkat kepala" di hadapan beliau dahulu. Beliau antara yang tegas. Kini beliau telah tiada. Setelah beliau meninggal dunia, tareqat yang asalnya dihukum sebagai menyeleweng pun, kini boleh diamalkan semula. Moga kita diselamatkan dari tarekat sebegitu.

Kini kita merindukan tokoh yang berani dan proaktif dalam Jakim seperti Prof Dr Abdul Fatah Haron. Ya, beliau juga tidak terlepas daripada dilabel sebagai Wahhabi ketika banyak mengkritik aliran menyeleweng. Sekarang ini kita perlukah tokoh dalam Jakim yang berani dan tidak gentar atau playsafe ketika berhadapan dengan ajaran sesat.

P/s: Video beliau ada di youtube. Tapi jangan tertukar dengan Yb Abdul Fatah Haron. Dua orang yang berbeza.

370 - 60

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 5 days ago

Kesudahan Yang Baik Setelah Penat Lelah Di Dunia.

317 - 2

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 6 days ago

Sunnah itu mudah. Para fuqaha mengatakan istihbab memulakan untuk memakai selipar dengan mendahulukan kaki kanan.

206 - 6

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 1 week ago

Memakai pakaian bercorak gambar haiwan yang menganggu seseorang ketika solat adalah makruh, ada juga sebahagian fuqaha yang mengharamkannya.

Kita perlu elakkan untuk meletakkan perkara yang menganggu kekhusyukan orang yang mendirikan solat di tempat sujud seperti kotak rokok dan seumpamanya. Ada yang ada tulisan jenama itu dan ini serta gambar-gambar tertentu.

193 - 82

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 1 week ago

Doa yang perlu kita baca, hafal dan amalkan.

340 - 6

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 1 week ago

Suami Terlupa Tarikh Lahir Isteri Dan Terlupa Hari Anniversary Dikira Abaikan Nafkah Batin?

Jika suami menyebabkan isteri kecil hati adakah dianggap mengabaikan nafkah batin? Sudah tentulah tidak. Tidak ada jiwa manusia yang dapat dipuaskan secara mutlak. Ulamak salaf berkata:

رضا النّاس غاية لا تدرك

"Redha manusia adalah satu matlamat yang tidak mampu untuk dicapai"

Walaubagaimanapun, suami perlu menjaga kebajikan, mental dan bergaul dengan baik terhadap isteri. Membuat isteri bahagia dan gembira merupakan ibadah.

Adapun sekiranya suami tidak ingat tarikh lahir dan sambutan "Anniversary" bukanlah termasuk mengabaikan nafkah batin. Bahkan para ulamak juga ada membahaskan perihal hukum sambutan hari lahir.

Penting untuk kita mengetahui tentang bab berkaitan nafkah. Ini kerana ada isteri yang merasakan suaminya belum sempurna kewajiban berkaitan nafkah terhadap dirinya, hakikatnya telahpun sempurna. Ada pula suami yang menganggap telah selesai menyempurnakan tanggungjawab nafkah terhadap isterinya, hakikatnya belum lagi.

128 - 39

PROmediaTAJDID Short Video
Posted 1 week ago

Antara cinta palsu dan dusta. Dimanakah kita?

364 - 45