Channel Avatar

sofyank96 @UCeia62iqGv8c3X_xjKSzR0w@youtube.com

741K subscribers - no pronouns :c

We are creating visual effects videos like a parody, a game


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

sofyank96
Posted 2 months ago

Alhamdulillah semalam saya tercalon untuk Creator of The Year 2024 , sama dengan kategori yang KA menang tahun lepas 🥹 Pencalonan ni takkan ada tanpa support dari korang semua. Terima kasih banyak-banyak 🤍
Tahniah juga kepada calon-calon yang lain 💪🏻 jangan lupa undi kami di sini tau bit.ly/TikTokAwardsMY2024

2.1K - 36

sofyank96
Posted 6 months ago

Kami dah minta kelulusan bini kami untuk post ni

2.5K - 29

sofyank96
Posted 8 months ago

Are you ready for our next video?

1.4K - 33

sofyank96
Posted 1 year ago

Alhamdulillah selepas 1 bulan, akhirnya video Metal Slug Live Action dah siap. Tapi saya perlukan jawapan korang untuk pilih masa untuk saya post esok. Jawapan waktu paling banyak saya akan post pada waktu itu. Stay tuned semua! 🤍

2.5K - 120

sofyank96
Posted 1 year ago

Akhirnya berpeluang untuk hasilkan video effect bersama dengan Abang Beto Kusyairy, lepas tu dapat collab dengan Soloz juga • saya dah post video behind the scene di youtube. Agak-agak video bts boleh dapat 50k views tak? Kalau boleh dapat 50k views dalam masa sehari, esok juga saya post video final Metal Slug live action 🙋🏻‍♂️

Video bts : https://youtu.be/DGKJkBYCbng

2.9K - 32

sofyank96
Posted 1 year ago

Alhamdulillah jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan atas sokongan dan undian awak semua untuk kami berlima 🤍 tanpa undian dari awak semua, kami tak akan termasuk dalam list ini. Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk undi kami 🙋🏻‍♂️

Hari ni dan esok last untuk buat undian, kalau awak semua nak undi kami boleh tekan link bawah ni 🙋🏻‍♂️ terima kasih semua 🤍 www.abpbh.com.my/undian/extra/content-creator-popu…

2.5K - 136

sofyank96
Posted 1 year ago

Bismillah. Sejujurnya saya agak takut nak post gambar dan video ni sebab video final saya collab dengan Chris dan Sam masih belum siap sepenuhnya. Tapi untuk kongsikan update tentang video final, saya post gambar dan video vlog terlebih dahulu sebagai sajian untuk awak semua tonton sementara saya siapkan video final ini. Saya harap walaupun video ni mengambil masa yang lama untuk disiapkan, awak semua sabar menunggu untuk hasil final video kami. Saya janji akan cuba sebaik mungkin untuk siapkan editing video final ini dengan hasil dan sentuhan editing yang semampunya saya buat. Untuk video final, target saya untuk posting pada hujung minggu ni. Tapi sebelum tu, saya nak tanya ramai tak yang tak sabar untuk video final saya bersama Chris dan Sam?

Full vlog video https://youtu.be/6VbFH2aBhvc

4.5K - 94

sofyank96
Posted 1 year ago

Alhamdulillah hari ni saya nak share berita gembira dengan korang. Korang masih ingat tak 15 hari lepas saya ke Singapura dan beg saya hilang di airport? Alhamdulillah beg saya sudah dikembalikan semula oleh seorang insan yang namanya dirahsiakan. Panjang cerita kalau nak cerita kat sini, insyaAllah nanti saya cerita semula pasal kehilangan beg di singapura dan macam mana boleh terjumpa balik. Haa berbalik kepada gambar di atas, sebenarnya tujuan saya ke singapura hari tu adalah untuk shoot satu video magic bersama dengan Anthony Ramos iaitu pelakon movie transformers Rise of the Beast. Kali ni kami buat video magic dan Anthony sempat cakap melayu tau! Video tu dah hampir siap, korang kena nantikan tau!

7.2K - 109

sofyank96
Posted 1 year ago

InsyaAllah kejap lagi kalau tiada halangan atau rintangan, saya akan shoot 1 video effect bersama dengan Chris Hemsworth dan juga Sam Hargrave.. Kali ini sangat-sangat nervous sebab akan shoot dengan mereka berdua sekali gus. Doakan saya tidak gagap dan shooting berjalan lancar 🙏🏻🥹

P/s : gambar Chris dengan Sam tu saya edit sebab kat sini tak jumpa printer 🥹

5.7K - 186

sofyank96
Posted 1 year ago

Umum ketahui Anugerah Bintang Popular ini sudah lama dianjurkan bagi semua penggiat seni di dalam Malaysia. Dan tak pernah terlintas sepanjang hidup saya untuk nama saya juga tercalon dan Alhamdulillah untuk abp35 ini saya dapat tercalon di bawah kategori content creator.

Dalam kategori ini, ramai sangat orang yang hebat-hebat tercalon. Dan saya yakin content creator feveret korang pun ramai yang tercalon dalam ni. Jadi kalau korang free boleh undi calon yang korang minat dalam kategori content creator tau, tak silap saya setiap 10 minit korang boleh undi 20 kali. Jadi selamat mengundi tau 🙋🏻‍♂️

Ni link untuk mengundi www.abpbh.com.my/undian/extra/content-creator-popu…

3.2K - 108