Hai semua.Nama saya Cikgu Sim.Saya seorang guru tuisyen di Malaysia.Semasa tempoh pandemik,ramai pelajar terpaksa duduk di rumah dan proses pembelajaran mereka terjejas.Sebagai seorang pendidik,saya berhasrat membantu sesiapa yang ingin memajukan diri sendiri.Jadi,saya memulakan channel ini untuk mengajar bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu secara percuma.Saya memilih bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan semua rakyat Malaysia memahami bahasa Melayu.Namun,jika saya membuat sebarang kekhilafan dalam proses pengajaran,saya berharap netizen boleh memberikan pengampunan dan membetulkan kekhilafan saya di komen.Sementelahan, sesiapa yang berminat terhadap channel saya,sila subscribe,like dan share.Sokongan anda pasti memberikan daya kepada saya untuk teruskan usaha saya.Sekian terima kasih.