Channel Avatar

Lauraleonny Share @UCdBSqrICAdAEXlg9XKkYG9A@youtube.com

2.4K subscribers - no pronouns :c

Lauraleonny Share adalah channel yang memaparkan... πŸ“–πŸ“š No


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

Lauraleonny Share
Posted 3 years ago

Jangan lupa bersama-sama Datin El, Kak Onn, Mummy G dan Uncle Bern dalam segmen khas NADI (Isu Apa Hari Ini?)!!!

Dengan topik yang lebih hebat... Secara santai... Jangan ketinggalan menonton gelagat empat sekawan dari Kampung Ayu Durian ini ya!!!

Save your date!!!
Jangan lupaaa!!!

Layari Channel Lauraleonny Share:

https://youtu.be/u7a7PwobiKE

Layari juga channel-channel:

Teacher Idayu
Linnzack
Cikgu JaMalee

6 - 0

Lauraleonny Share
Posted 3 years ago

Salam sejahtera,

Khas buat murid-murid, cikgu telah menyediakan contoh karangan jenis fakta yang bertajuk "Otak Kita". Murid-murid boleh merujuk pada buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 SJK di muka surat 19.

Walaubagaimanapun, murid-murid SK pun boleh juga merujuk pada contoh karangan yang cikgu sediakan di bawah ini.

**********************************************************************************************************************
KARANGAN JENIS FAKTA

Tajuk: Otak Kita

Setiap orang mempunyai otak. Otak terletak di dalam kepala kita. Otak dilindungi oleh tengkorak yang keras.

Otak berfungsi untuk berfikir dan membuat keputusan. Kita menggunakan otak untuk menyelesaikan masalah atau mendapatkan idea. Seterusnya, otak berfungsi mengawal pergerakan tubuh badan. Oleh itu, kita dapat melakukan pelbagai pergerakan kreatif.

Selain berfikir dan mengawal pergerakan, otak juga berfungsi mentafsir maklumat. Otak dibantu oleh organ deria seperti telinga, mata, lidah, hidung dan kulit. Manusia dapat merasai dan membezakan pelbagai jenis bunyi, visual, rasa dan bau.

Sebagai manusia yang bijak, kita harus menjaga otak kita dengan sempurna. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga otak kita. Antaranya, kita perlu melakukan aktiviti kecergasan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Contohnya, kita boleh membuat senaman ringan atau berjoging.

Bukan itu sahaja, kita juga perlu mengambil makanan yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak vitamin. Vitamin akan membantu mengekalkan kesihatan otak kita. Di samping itu, kita juga perlu mendapatkan tidur yang mencukupi dan berkualiti iaitu antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Secara tuntasnya, otak memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh yang demikian, kita hendaklah menjaaa otak kita dengan baik agar dapat digunakan untuk tempoh masa yang lebih panjang dan memberikan khidmat yang terbaik kepada kita.

**********************************************************************************************************************

Baiklah murid-murid, semoga perkongsian cikgu kali ini memberikan manfaat kepada kamu. Jumpa lagi!

8 - 0