Channel Avatar

Sujimy Mohamad @UCbqUxXh0dda-OlC9e4nFueA@youtube.com

152K subscribers - no pronouns :c

Chillin with my Moi, cooking with my Mom, fatherhood moments


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

Sujimy Mohamad
Posted 2 weeks ago

Salam Aidilfitri buat semua yang kami kasihi,

Alhamdulillah kita semua sebenarnya telah mencapai kejayaan yang sangat besar kerana sudah pun menerima Ramadan. Ia bertambah besar apabila kita mampu memaafkan.

Hari yang mulia ini kita meriahkan dengan kunjungan yang akan membawa kegembiraan.

Kepada semua yang ikut kami di social media, Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan. Mohon maaf jika ada kesilapan semoga kita bahagia bersama keluarga mendakap lebaran ❤️ #hariraya

272 - 8

Sujimy Mohamad
Posted 3 weeks ago

Alhamdulillah Mak sudah mula kembali ke dapur. Mak baru ajar saya buat kuih tart nenas caranya sendiri. InsyaAllah esok lusa saya upload videonya. ❤️

162 - 8

Sujimy Mohamad
Posted 1 year ago

Salamat Hari Raya kepada semua❤️ Maaf Zahir Batin!

435 - 25

Sujimy Mohamad
Posted 1 year ago

Ramai yang tanya khabar Mak saya. Beliau baik & sihat Alhamdulillah.

Ramai juga bertanya mengapa jarang ada video memasak bersama Mak saya. Sebenarnya, Mak masih masak untuk anak-anak dan cucu-cucu apabila semua datang menjenguknya. Namun nak cari peluang merakam sesi video memasak dengannya agak sukar atas 2 perkara: yang pertama ibu saya kata dia dah masak semua resipi yang dia tahu LOL. “Mak takde idea nak masak apa.” katanya. Betul juga ya. Saya lihat playlist masak beliau sudah hampir 100 resipi yang beliau dah kongsi. Jadi kalau anda ada saranan untuk tahun 2024 beritahu kami dalam ruang komen ok 🙂

Kami juga sedang mencari tempat yang selesa untuk beliau masak agar beliau bebas nak masak resipi-resipinya.. Mak saya kalau masak dia suka buat lebih daripada satu resipi. Jadi insyaallah kami cuba kongsi bila ada peluang.

Tiap kali bersama Mak saya, beliau selalu nasihatkan supaya melakukan perkara-perkara yang bermanfaat bukan saja untuk diri kita, tapi untuk orang lain juga. Kerana, walaupun dunia ini sementara, amalan kita berkekalan.

Mak kirim salam semua dan mengucapkan selamat tahun baru 2024. ❤️

801 - 50

Sujimy Mohamad
Posted 1 year ago

Susah senang bersama
Suka duka bersama
Pejam celik, dah 27 tahun bersama
Hari Ini ulangtahun perkahwinan kami!

❤️ u Moi!

Alhamdulillah.

301 - 16

Sujimy Mohamad
Posted 1 year ago

#diariayah 💔🤲

137 - 4

Sujimy Mohamad
Posted 1 year ago

#diariayah ❤️

308 - 13

Sujimy Mohamad
Posted 1 year ago

Selamat Hari Kebangsaan Singapura! 🇸🇬 58 tahun usia Singapura!

291 - 10

Sujimy Mohamad
Posted 1 year ago

Selamat Hari Jadi Moi! ❤️

Hari ini isteri saya menyambut ulangtahunnya yang ke 52. Setiap tahun bila renung wajah Isteri saya ini, usianya bagaikan lambat mengejar waktu. (Ini bukan #pickupline tau ☺️)

Alhamdulillah saya yakin ini terhasil kerana gaya hidupnya yang sihat dan pilihan makanannya yang baik2, bukan hanya untuk dirinya bahkan kami sekeluarga. Semoga Allah menjaga isteriku ini di dunia & akhirat, memanjangkan & memberkati usianya serta memberi ganjaran setimpal atas segala yang beliau lakukan untuk kami keluarga sepanjang masa😍

2K - 133

Sujimy Mohamad
Posted 1 year ago

Raya pertama memang istimewa❤️

Harap anda bahagia serta gembira bertemu sanak saudara

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga

Mohon maaf, jika tersilap kata 🥰

1K - 44