Channel Avatar

Syria Care Malaysia @UCY8V6tIUD6FNdHvTPIotTsA@youtube.com

11K subscribers - no pronouns :c

Syria Care was founded by Sheikh Samir Sakka in 2012. He was


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

Syria Care Malaysia
Posted 1 week ago

11 September 2024



Seorang bayi cedera apabila sebuah dron yang tidak dikenali terhempas dan meletup di kawasan kediaman orang awam di Sarmin, timur Idlib.



t.me/SyriaKini/1379

23 - 0

Syria Care Malaysia
Posted 3 weeks ago

"Tolong bawa saya pulang, saya mahu mati di rumah bukan di dalam khemah..."



Fatima, 89, yang terselamat dari Nakba 1948 dan berusia lebih tua daripada negara haram, Israel meninggal dunia di sebuah khemah di Gaza.



Baca berita penuh dan lihat video: t.me/SyriaKini/1366

21 - 0

Syria Care Malaysia
Posted 1 month ago

25 Julai 2024

Tentera Bashar al-Assad menyasarkan lima serangan dron ke atas sebuah rumah orang awam dan tiga buah kereta di kampung Mantaf, pinggiran selatan Idlib. Penduduk di kampung ini terpaksa mengehadkan pergerakan mereka kerana kebimbangan terhadap peningkatan serangan yang ketara.

Sumber: White Helmets
t.me/syriakini

3 - 0

Syria Care Malaysia
Posted 1 month ago

24 Julai 2024

Joudat Yasser Attar, 12, cedera parah akibat letupan sisa perang di pinggiran Corin, selatan Idlib, Syria.

Sejak awal tahun ini, lima letupan sisa perang telah direkodkan berlaku di utara Syria dan menyebabkan kematian tiga orang awam, termasuk seorang kanak-kanak, dan kecederaan kepada sepuluh lagi kanak-kanak.

Sisa-sisa perang telah menimbulkan risiko besar kepada kehidupan para pelarian. Berdasarkan laporan akhbar Saudi Gazette, sisa perang seperti periuk api, peluru dan bom yang gagal meletup sering kali menjadi penyebab kepada kecederaan di kalangan kanak-kanak yang membuatkan ramai mengalami kecacatan kekal.

Sumber: White Helmets
t.me/syriakini

10 - 1

Syria Care Malaysia
Posted 3 months ago

22 Mei 2024

Tembakan artileri telah mengakibatkan kebakaran di tanah pertanian pinggiran Al-Qarqour, Dataran Al-Ghab, barat laut Hama. Namun, pasukan White Helmets tidak dapat mencapai kawasan tersebut kerana ianya dikawal ketat oleh tentera Bashar al-Assad dan sekutunya Rusia.

Syria semakin tenggelam di mata dunia walaupun pada hakikatnya serangan masih berlaku di sana sehingga ke hari ini.

#syriacare #bumisyam #syria #stopkillingsyrians

13 - 2

Syria Care Malaysia
Posted 4 months ago

Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53

Tahun ini, Hari Guru disambut dengan bertemakan 'Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI'. Tema ini menekankan peranan guru sebagai agen perubahan yang menitikberatkan aspek manusiawi dalam kalangan generasi muda untuk melahirkan generasi fasih digital yang mempunyai pemikiran kritis. Selain itu, ia juga bagi melahirkan generasi muda yang menerapkan nilai-nilai murni, berupaya untuk beradaptasi serta berdaya saing dengan kemajuan dunia semasa.

Selamat menyambut Hari Guru kami ucapkan kepada semua warga pendidik.

Ikhlas,
Syria Care

#syriacaremedia #syriacarewish

5 - 0

Syria Care Malaysia
Posted 4 months ago

Tahun ini, 'World Press Freedom Day' atau Hari Kebebasan Akhbar Sedunia didedikasikan untuk kepentingan kewartawanan dan kebebasan bersuara dalam konteks krisis semasa alam sekitar secara global. Kesedaran terhadap semua aspek dan akibatnya adalah penting untuk membina masyarakat demokratik. Sektor kewartawanan amat diperlukan untuk tujuan ini.

Wartawan menghadapi cabaran besar dalam mencari dan menyebarkan maklumat tentang isu-isu semasa. Memastikan keterlihatan isu-isu ini adalah penting untuk mempromosikan keamanan dan nilai demokrasi di seluruh dunia.

Tarikh ini juga bertindak sebagai peringatan kepada kerajaan tentang keperluan untuk menghormati komitmen mereka terhadap kebebasan akhbar. Ia juga merupakan hari muhasabah di kalangan profesional media tentang isu kebebasan akhbar dan etika profesional.

Selain itu ia adalah peluang untuk:

▪ Meraikan prinsip asas kebebasan akhbar
▪ Menilai keadaan kebebasan akhbar di seluruh dunia
▪ Mempertahankan media daripada serangan terhadap kemerdekaan mereka
▪ Memberi penghormatan kepada wartawan yang telah kehilangan nyawa dalam menjalankan tugas

Selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia!

Ikhlas dari Syria Care.

▪️www.syriacare.org.my/

#worldpressfreedomday #syriacare #syriacareforhumanity

10 - 0

Syria Care Malaysia
Posted 4 months ago

INSIDEN DUA HELIKOPTER TLDM TERHEMPAS

((اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِْ وَاعْفُ عَنْهُمْ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُمْ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُمْ وَاغْسِلْهُمْ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ))

Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah mereka. Dan muliakanlah tempat tinggal mereka, luaskanlah. Dan muliakanlah tempat tinggal mereka, luaskanlah jalan masuk mereka, cucilah mereka dengan air yang jernih lagi sejuk.

Seluruh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Lembaga Penasihat, Ahli Jawatankuasa dan warga kerja Syria Care merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa insiden dua buah helikopter TLDM terhempas di Lumut, Perak.

#syriacare #syriacareforhumanity

13 - 2

Syria Care Malaysia
Posted 5 months ago

Saksikan rakaman siaran langsung bersama Dhia Nurfarhana Binti Mohd Nasir, Eksekutif Penajaan Anak Yatim yang bertajuk "Kelangsungan hidup anak-anak yatim pelarian Syria" di rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1, RTM pada Jumaat, 19 April 2024.



▶️ https://youtu.be/kmb74vmfZcs

17 - 0

Syria Care Malaysia
Posted 5 months ago

KELIRU DALAM KESAKITAN

Hala tidak memahami apa yang sedang berlaku, mengapa dia dan dan keluarganya diserang oleh dron yang menyasarkan kereta yang mereka naiki di bandar Darat Azza, barat Aleppo pada 16 April 2024.

Serangan sistematik oleh tentera Bashar al-Assad dan sekutunya Rusia terus mengancam nyawa orang awam di utara Syria, mengekalkan mereka dalam keadaan ketakutan dan penderitaan yang berterusan serta menghalang untuk kembali kepada kehidupan yang normal.

#syriacare #syria #syriakini #bumisyam #syam

7 - 0