Channel Avatar

Saiful Nizam @UCRexpgnpS1Rg6fbOPq65Idw@youtube.com

142K subscribers - no pronouns :c

Political storyteller, highlighting Malaysia's evolving poli


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

Saiful Nizam
Posted 9 minutes ago

Malaysia Tegas Tolak Israel

✍️ Saiful Nizam

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian Malaysia yang tidak akan mengiktiraf Israel, meskipun menghadapi tekanan.

“Apa yang perlu difahami, kita tidak mengiktiraf Israel dari segi hubungan diplomatik dan tidak membenarkan mereka menjalankan perdagangan atau aktiviti rasmi di Malaysia,” ujar beliau dengan tegas.

Beliau turut menjelaskan bahawa walaupun Israel diiktiraf sebagai negara melalui keanggotaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia tetap menolak pengiktirafan rasmi ke atas negara tersebut.

Datuk Seri Anwar juga memuji usaha UNRWA dalam membantu pelarian Palestin dan menyamakan perjuangan pemimpin-pemimpin Palestin dengan semangat Nelson Mandela dalam menentang apartheid.

Kepimpinan Datuk Seri Anwar dalam isu Palestin membuktikan komitmen Malaysia terhadap keadilan sejagat. Beliau bukan sahaja mempertahankan prinsip negara, tetapi juga menjadi suara lantang bagi menegakkan hak rakyat Palestin di pentas antarabangsa.

Malaysia tetap tegas, bersama Palestin, demi keadilan dan keamanan dunia.

#RakyatBijak #Resp3k #Perpaduan

11 - 0

Saiful Nizam
Posted 5 hours ago

Anwar Ibrahim & Tok Guru Nik Aziz: Inspirasi Kepimpinan Berjiwa Rakyat

✍️ Saiful Nizam

Di pentas politik Malaysia, nama Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tidak asing lagi. Kedua-dua tokoh ini dikenali bukan sahaja kerana kebijaksanaan mereka, tetapi juga kerana ketulusan hati dan prinsip perjuangan yang mementingkan rakyat.

Anwar Ibrahim, seorang figura yang pernah difitnah dan dipenjara, tetap teguh memperjuangkan keadilan dan reformasi. Ketika ramai berpaling muka, beliau tidak pernah hilang keyakinan terhadap rakyat Malaysia. Ketabahan Anwar menjadi inspirasi untuk menegakkan kebenaran meskipun berdepan ujian yang berat.

Satu detik penting dalam sejarah politik Malaysia ialah apabila PAS, di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz, berdiri teguh menyokong Anwar. Tok Guru percaya bahawa perjuangan menegakkan keadilan melangkaui perbezaan parti politik. Sokongan ini memperlihatkan keberanian PAS ketika itu, yang tidak gentar menentang arus demi kebenaran.

Tok Guru Nik Aziz dikenali sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau menampilkan akhlak mulia yang menjadi contoh kepada semua. Dalam kerjasama politik, Tok Guru sentiasa mengutamakan perpaduan umat, bukan agenda perpecahan.

Ketika Anwar difitnah, Tok Guru dengan tegas menyatakan bahawa fitnah adalah dosa besar yang harus dielakkan. Sokongan beliau terhadap Anwar bukan atas dasar politik semata-mata, tetapi kerana beliau yakin pada prinsip keadilan Islam.

Almarhum Tok Guru telah meninggalkan kita pada tahun 2015, namun jasa dan warisan beliau tetap segar di ingatan kita. Al-Fatihah untuk roh Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.

PAS: Dulu Teguh, Kini Hilang Arah?

Di era kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, PAS menjadi sebuah parti yang dihormati kerana keberanian dan ketegasan dalam menegakkan prinsip. Malangnya, selepas perubahan kepimpinan, PAS kini dilihat semakin terpesong daripada landasan asalnya. Dari sebuah parti yang memperjuangkan keadilan, kini mereka lebih dikenali dengan retorik yang memecah-belahkan.

Budaya wala’ buta yang diamalkan dalam PAS hari ini membutakan mereka terhadap sejarah perjuangan. Mereka lupa, atau mungkin tidak tahu, bagaimana Tok Guru dan PAS pernah menjadi simbol keberanian dan kesederhanaan.

Menghidupkan Kembali Semangat Perpaduan

Hari ini, perjuangan Anwar Ibrahim dan prinsip Tok Guru Nik Aziz harus dijadikan panduan untuk membawa semula politik Malaysia ke arah kesederhanaan dan perpaduan. Rakyat perlu mengingat kembali detik-detik bersejarah ini, di mana prinsip mengatasi agenda politik.

Sejarah ini adalah peringatan bahawa keadilan dan kebenaran tidak mengenal batas parti atau ideologi. Mari kita teruskan perjuangan ini, menjunjung keadilan, dan membina Malaysia yang lebih bersatu padu.

Semangat Anwar dan Tok Guru harus menjadi inspirasi kita untuk masa depan yang lebih cerah.

#RakyatBijak #Resp3k #Perpaduan

420 - 94

Saiful Nizam
Posted 21 hours ago

Projek Fertigasi Cili Besar: Langkah Berani Rafizi Ramli

✍️ Saiful Nizam

Penanaman cili seluas 10 ekar menggunakan sistem fertigasi kini menjadi kenyataan melalui Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Projek ini bukan sekadar usaha pertanian biasa, tetapi simbol keberanian dan visi Kementerian Ekonomi dalam mencipta peluang baharu kepada rakyat.

Projek Fertigasi Cili Besar (Sakata 461) ini melibatkan 20 peserta terlatih, setiap seorang diberikan 2,000 polibeg untuk diusahakan. Sistem fertigasi yang digunakan menggabungkan pengairan dan pemberian baja secara automatik dan berjadual, memastikan hasil tanaman yang berkualiti tinggi.

Kerjasama antara Kementerian Ekonomi, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) melalui Selagro Solution Sdn Bhd, telah membawa program ini ke Pelangi Damansara, Petaling Jaya. Projek ini dilancarkan secara rasmi pada 18 November 2024 sebagai sebahagian daripada usaha PJ City Food Valley.

Langkah ini membuktikan keberanian Rafizi Ramli dalam menerajui agenda ekonomi yang inovatif dan berimpak tinggi. Ia bukan sahaja membuka peluang kepada usahawan tani, tetapi juga menyumbang kepada keselamatan makanan negara.

Dengan usaha gigih dan komitmen para peserta, projek ini dijangka menjadi model kejayaan yang boleh diikuti di seluruh negara. Tahniah kepada Rafizi Ramli atas idea yang berani dan luar biasa ini. Inilah perubahan yang diperlukan untuk Malaysia maju ke hadapan.

Jemput follow channel Telegram SN 👉 t.me/saifulnizam2u

#RakyatBijak #Resp3k #Perpaduan

255 - 26

Saiful Nizam
Posted 1 day ago

Lebai PAS: Pembohong dan Pemutar Najis Fitnah Demi Kuasa

✍️ Saiful Nizam

Kita hidup di zaman pembangkang yang tidak segan silu menabur fitnah dan memutar belit fakta demi kelangsungan politik mereka. Dalam isu Israel dan Palestin, Lebai PAS sekali lagi menunjukkan wajah hipokrit mereka.

Mahathir sokong ‘Two-State Solution’ - 𝗡𝗢 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗟𝗘𝗠
Mahiaddin sokong ‘Two-State Solution’ (bersama PAS) - 𝗡𝗢 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗟𝗘𝗠

Anwar sokong ‘Two-State Solution’ - 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗟𝗘𝗠!!

Hakikatnya, Israel memang wujud sebagai negara dan anggota PBB. Oleh sebab 'kewujudan' itu, PMX Anwar Ibrahim mengambil langkah berani mencadangkan agar Israel disingkirkan daripada PBB – satu pendirian tegas yang menyokong perjuangan Palestin.

Tetapi Lebai PAS, dengan lidah berbelit dan agenda busuk mereka, sengaja mengelirukan rakyat. Kalau Israel tak wujud, apa logiknya PMX mahu mereka dikeluarkan daripada PBB? Fikiran dangkal yang disokong oleh walaun seperti ini menunjukkan kebodohan yang disengajakan. Mereka tahu kebenaran, tetapi memilih untuk memanipulasi demi survival politik.

PAS bukan sahaja hipokrit, malah pengecut. Mereka menggunakan agama untuk meraih sokongan, tetapi sanggup menggadaikan prinsip demi kepentingan sendiri. Fitnah mereka terhadap PMX hanya menunjukkan betapa rendahnya moral politik mereka.

Cukuplah kita ditipu oleh lebai-lebai ini. Politik kotor PAS hanya memecah belahkan rakyat dan mencemarkan imej negara. Sudah tiba masanya rakyat menolak pemimpin yang bermain dengan sentimen agama demi kepentingan diri. Kita perlukan politik yang matang, bukan pembohong berserban yang memperbodohkan rakyat.

#RakyatBijak #Respek #Perpaduan

721 - 141

Saiful Nizam
Posted 1 day ago

RM1 Bilion: Sanusi Disaman DSAT Group, Sikap Tidak Profesional Kembali Terbukti

✍️ Saiful Nizam

Kejutan terbaru dari Kedah! Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor, sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan sikap tidak profesionalnya. Kini, beliau bakal disaman sebanyak RM1 bilion oleh Kumpulan DSAT susulan kenyataan melulu yang dianggap memfitnah.

Dalam sidang media pada 7 November lalu, Sanusi dengan mudah melemparkan tuduhan tanpa asas, menyamakan usaha DSAT Group untuk mengambil alih Kedah Darul Aman (KDA) FC sebagai "scam". Kenyataan ini dibuat tanpa sebarang fakta kukuh, mencerminkan sikap rendah kelas dan tidak bertanggungjawab yang sering dikaitkan dengan beliau.

“Asal Buka Mulut Je Muhong!”

Ungkapan ini semakin sinonim dengan Sanusi. Sama ada isu air, projek pembangunan, atau kini bola sepak, Sanusi terus-terusan menunjukkan ketidakmatangan dalam kepimpinan. Bukannya menyokong usaha pembangunan bola sepak negeri, beliau memilih untuk mencipta naratif negatif, seolah-olah lupa bahawa tanggungjawab seorang pemimpin adalah membina, bukan menghancurkan.

Walaun dan “Panglima Mekong”

Yang lebih mengejutkan adalah sokongan tidak berbelah bahagi dari penyokong PAS atau lebih dikenali sebagai ‘walaun’. Mereka terus mengangkat Sanusi sebagai "Panglima Mekong", walaupun berkali-kali tindak-tanduk beliau memalukan Kedah di mata rakyat Malaysia. Benarlah! Syarat jadi walaun mesti kena bodoh, takde otak! Sokongan buta ini hanya menunjukkan betapa rendahnya pemikiran dan standard mereka.

Saman RM1 Bilion: Pengajaran Besar untuk PAS

Tindakan DSAT Group untuk menyaman Sanusi bukan hanya untuk mempertahankan maruah syarikat, tetapi juga menjadi mesej jelas kepada PAS dan para pemimpinnya. Sikap acuh tak acuh dan cakap lepas mempunyai harga yang tinggi, dan kali ini, harga itu adalah RM1 bilion.

Kenyataan Presiden KFA, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, mengenai proses pemilikan KDA FC sebelum ini adalah jelas: mereka mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat, asalkan serius dan mempunyai kapasiti. Namun, Sanusi memilih untuk mencipta drama dengan tuduhan liar yang tidak berasas, hanya demi menonjolkan diri.

PAS: Cerminlah Sikap Sendiri

Sikap PAS yang sering menganggap diri mereka lebih Islamik dari orang lain kini jelas terdedah sebagai hipokrit. Dengan pemimpin seperti Sanusi, mereka tidak hanya merosakkan imej parti tetapi juga mencemarkan nama negeri Kedah.

Rakyat Kedah perlu sedar: adakah pemimpin seperti ini yang kita mahukan? Atau sudah tiba masanya untuk kita katakan “Cukup!” kepada politik rendah standard yang tidak membawa manfaat kepada rakyat?

Mari kita bersama bangkit menolak politik fitnah dan memilih pemimpin yang berwibawa. Sanusi, cukup-cukuplah!

#RakyatBijak #Resp3k #Perpaduan

583 - 191

Saiful Nizam
Posted 2 days ago

Sedekah atau Rasuah? Walaun Masih Menafikan

✍️ Saiful Nizam

Dalam kenyataan yang pernah tular, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, secara terang-terangan menyatakan bahawa pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya bukanlah satu kesalahan kerana ia dianggap sebagai "sedekah." Namun, apabila isu ini diperkatakan semula, ada pula walaun yang menafikan kenyataan ini dan menuduh pihak lain memfitnah Hadi.

Hakikatnya, kenyataan ini keluar dari mulut Hadi sendiri, seperti yang dilaporkan oleh pelbagai media. Malah, kata-kata beliau jelas: "Mengikut undang-undang pilihan raya, calon dan wakil-wakil calon tidak boleh beri (wang), tetapi orang awam mahu beri sedekah maka terpulang kepada dia." Persoalannya, adakah walaun ini terlalu malas membaca atau terlalu setia sehingga menutup mata kepada kebenaran?

Lebih memalukan, Mahkamah Pilihan Raya telah membatalkan keputusan PRU-15 bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Kemaman atas bukti kukuh berlakunya rasuah melalui pengagihan wang kepada pengundi. Keputusan mahkamah ini berdasarkan fakta, bukan khabar angin atau persepsi semata-mata. Kalau mahkamah sudah putuskan, apa lagi yang mahu dinafikan?

Sikap walaun yang terus menafikan realiti ini hanya memperlihatkan kejahilan dan sikap "asal pemimpin aku betul" yang membuta tuli. Tidak cukup dengan keputusan mahkamah, kenyataan Hadi sendiri pun mahu disangkal. Kenapa bodoh sangat?

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus matang dalam berpolitik. Menghalalkan rasuah dengan nama "sedekah" adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab. Apa yang berlaku ini bukan sekadar isu PAS, tetapi satu tamparan kepada integriti sistem demokrasi kita. Jika perkara ini dibiarkan, kita menggadaikan masa depan negara kepada pemimpin yang tidak jujur dan penyokong yang tidak peduli.

Cukuplah dengan politik kebodohan ini. Sudah tiba masanya rakyat menuntut keadilan, integriti, dan kebenaran dalam setiap aspek, termasuk pilihan raya. Jangan biarkan sesiapa pun memperbodohkan kita lagi.

Walaun bebal!

#RakyatBijak #Respek #Perpaduan

319 - 78

Saiful Nizam
Posted 2 days ago

PMX Anwar Ibrahim Sertai Sidang Kemuncak G20 di Brazil

✍️ Saiful Nizam

Alhamdulillah, Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah selamat tiba di Rio de Janeiro, Brazil untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20. Kehadiran ini melambangkan suara Malaysia di pentas antarabangsa.

Dalam sidang ini, PMX akan membawa aspirasi rakyat dengan menekankan langkah menangani kemiskinan, mengurangkan ketidaksetaraan, serta memperjuangkan reformasi sistem pentadbiran global.

Beliau turut menyuarakan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama ekonomi, mempromosi pembangunan inklusif, dan kesejahteraan rakyat sejagat.

PMX juga dijadualkan bertemu Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, dan beberapa pemimpin negara anggota G20 yang lain. Pertemuan ini penting untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan menjalin kerjasama strategik.

Delegasi Malaysia turut akan mengadakan pertemuan bersama komuniti perniagaan di Brazil, membuka ruang untuk peluang pelaburan dan kerjasama ekonomi.

Sebagai rakyat Malaysia, kita doakan agar segala urusan PMX dan delegasi dipermudah. Langkah ini bukan sahaja membawa nama Malaysia ke persada dunia tetapi juga memastikan kepentingan rakyat terus diperjuangkan.

Malaysia, terus melangkah ke hadapan!

Mohon subscribe untuk terus dapatkan info terkini dan perkembangan semasa politik Malaysia 👉 youtube.com/saifulnizam

#RakyatBijak #Respek #Perpaduan

509 - 38

Saiful Nizam
Posted 3 days ago

Hujung bulan ni aku akan ke Singapore lagi untuk hadiri undangan ke satu program. Akan berada di sana selama 2 malam. Kalau ada kawan-kawan atau content creator dari sana, mungkin boleh jumpa dan collab?

Nak gi try buat content makan-makan pun okay jugak. Last year tak sempat, jadualnya padat tapi kali ni insya-Allah boleh. Especially sebelah malam memang takde plan apa-apa setakat ni.

Or else, maybe aku just live stream membebel la sorang-sorang nanti 😁

...

Btw, sorry dah lama tak live, ada on-going project yang aku tengah hadap. Totally drained, tak larat aku nak live buat masa sekarang. Patutnya akan setel by next week. Doa-doakan ya!

177 - 7

Saiful Nizam
Posted 3 days ago

Resolusi Penubuhan Negara Palestin: Malaysia Bersama Dunia

✍️ Saiful Nizam

Malaysia sekali lagi berdiri teguh bersama 169 negara lain di Perhimpunan Agung PBB, menyokong penubuhan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat dan bebas dari penjajahan Israel. Resolusi ini menuntut agar hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri dihormati tanpa sebarang syarat.

Keputusan undian:
✅ 170 negara setuju
❌ 6 negara menentang: AS, Argentina, Micronesia, Nauru, Paraguay, dan Israel.
❓ 9 negara berkecuali: Kiribati, Papua New Guinea, Liberia, Palau, Panama, Rwanda, Togo, Tonga, dan Tuvalu.

Ini bukan sekadar kemenangan moral, tetapi juga simbol solidariti dunia terhadap keadilan. Namun, seperti biasa, PAS dan Bersatu tidak membuang tabiat mereka untuk memutar fakta. Demi kepentingan politik sempit, mereka terus memperbodohkan walaun dengan naratif dangkal.

Persoalannya, bila agaknya PAS dan Bersatu akan berhenti menjual retorik kosong? Sedangkan Malaysia bersuara untuk keadilan Palestin, mereka sibuk menunggang isu dan memainkan sentimen bodoh demi meraih simpati politik.

Sudah tiba masanya rakyat menilai – siapa yang benar-benar memperjuangkan prinsip dan siapa yang sekadar berpolitik murahan. Palestin tidak memerlukan ‘wayang’, mereka memerlukan tindakan nyata.

Kepada walaun, bukalah mata dan fikirlah sejenak. Jangan terus menjadi alat propaganda yang membodohkan diri sendiri. Dunia sudah maju, tapi malangnya pemikiran sesetengah pihak masih terkebelakang.

#RakyatBijak #Respek #Perpaduan

215 - 47

Saiful Nizam
Posted 4 days ago

Hipokrasi Walaun: Tak Faham atau Sengaja Buat Tak Faham?

✍️ Saiful Nizam

Mahathir sokong penyelesaian dua negara.
Pak Lah sokong penyelesaian dua negara.
Najib sokong penyelesaian dua negara.

Mahiaddin pun sama.
Anwar Ibrahim juga sokong penyelesaian dua negara.

Tapi bila Anwar Ibrahim jelaskan perkara sama dalam temubual bersama CNN, tiba-tiba dia dilabel iktiraf Israel oleh walaun dan Lebai PAS!

Apa logik mereka? Atau memang tak ada otak dan logik langsung?

Penyelesaian dua negara (two-state solution) adalah kerangka cadangan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin secara damai. Ia melibatkan penubuhan dua negara yang sah: Israel untuk penduduk Yahudi dan Palestin untuk rakyat Palestin. Formula ini diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai penyelesaian yang adil.

Ia bukan bermakna mengiktiraf kezaliman Israel!

Ironinya, Malaysia di bawah Anwar Ibrahim sedang menyediakan draf resolusi untuk menyingkirkan Israel sebagai anggota PBB. Draf ini dijangka dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB nanti. Mana logiknya Anwar menyokong Israel?

Tapi Lebai PAS dan walaun tetap main naratif fitnah murahan. Mereka ini tahu ke beza penyelesaian konflik dengan sokongan terhadap penindasan? Atau memang ini permainan mereka untuk kelirukan rakyat?

Mat Jargon dan geng Lebai PAS patut muhasabah diri. Hentikan hipokrasi politik murahan yang hanya mendedahkan kebodohan sendiri. Kalau tak faham isu global, lebih baik diam. Politik mesti matang, bukan jadi alat propaganda untuk hasut rakyat dengan kebencian dan penipuan.

Wahai rakyat Malaysia, jangan termakan umpan politik toksik. Mari bersama pemimpin yang membawa perpaduan, bukan yang merosakkan akal dan hati rakyat.

#RakyatBijak #Respek #Perpaduan

712 - 159