Natseven Sdn Bhd. [Registration Number: 199401037539 (323221 A)] atau ntv7 telah melalui perubahan berperingkat sejak Oktober 2020 sebagai saluran maklumat hiburan (infotainment) dan terkini dan dikenali sebagai hub pendidikan Malaysia, yang memberikan akses kepada pembelajaran berkualiti tinggi. Sejak Februari 2021, ntv7 beralih menjadi saluran pendidikan penuh (DIDIKTV KPM).
Strategi perubahan ini adalah satu inisiatif kerjasama ntv7 dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan saluran ntv7 selari dengan perubahan generasi kini (Gen Z). Pandemik merupakan titik tolak yang menjadikan DIDIKTV KPM sebagai medium utama untuk membantu pelajar yang terjejas oleh penutupan sekolah melalui siaran televisyen percuma dan juga di laman YouTube.