Jemaah Nazir (JN) adalah sebagai badan pemastian standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berada dalam tahap yang disasarkan. Peranan ini perlu dilaksanakan secara optimum bagi memastikan semua usaha KPM dalam mencapai aspirasi sistem pendidikan negara berada pada landasan yang sepatutnya, khususnya di peringkat sekolah. Penegasan mengenai peranan ini sebagaimana yang dicatatkan dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) yang memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.