Home Direct Shopping Sdn. Bhd. (HDS) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menyediakan khidmat pesanan pos bagi pelbagai produk harian yang dipasarkan melalui katalog di bawah jenama Best Products. HDS telah ditubuhkan pada September 2014 dan mula beroperasi pada April 2015.
Sejak diperkenalkan, Best Products telah mendapat sambutan yang amat positif di mana pelbagai pesanan diterima sejak pelancarannya di negara ini. Demi menghargai semangat kesetiaan pelanggan, Best Products telah merangka pelbagai kempen promosi khas untuk para pelanggan.
HDS merupakan ahli kepada Persatuan Jualan Langsung Malaysia (Direct Selling Association Malaysia (DSAM)) yang mana segala tatacara perniagaan kami adalah termaktub di bawah kod tatacara DSAM.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bestproductsmy.com