[KPOLL] π Ketegangan meningkat berikutan penahanan rakyat Malaysia dalam Global Sumud Flotilla oleh Israel. Azmin Ali menyeru kerajaan Malaysia untuk menarik balik jemputan kepada Donald Trump ke Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur sebagai tanda protes. Pemuda Umno pula mengugut untuk mengadakan tunjuk perasaan jika aktivis tidak dibebaskan segera.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
546 - 146
[KPOLL] ππ₯ Himpunan hadapan Kedutaan AS di KL bertukar kecoh! π₯ Protes bertujuan membantah penahanan aktivis Global Sumud Flotilla menjadi tegang apabila polis cuba menyuraikan peserta yang menghalang laluan lalu lintas. Susulan kekecohan itu, dua peserta didakwa ditahan. [BERITA mk.my/TOY7Kza]
Apa pendapat anda tentang protes ini? π€
322 - 105
[KPOLL] ππ₯ RM169 Juta rampas dari bekas PM! π₯
Mahkamah Kuala Lumpur benarkan permohonan kerajaan untuk melucut hak wang tunai RM169 juta yang dirampas dalam siasatan rasuah melibatkan bekas PM Ismail Sabri & pembantunya. [BERITA mk.my/ZWgZR6n]
Apa pendapat anda tentang tindakan kerajaan merampas aset ini tanpa mendakwa sesiapa, walaupun siasatan telah selesai? π€
290 - 103
[KPOLL] 10 Ahli Dewan Negeri (Adun) Bersatu Selangor tampil mempertahankan Azmin Ali daripada dakwaan Wan Saiful, dengan menyifatkannya sebagai usaha mengalihkan perhatian daripada dakwaan cubaan gagal Wan Saiful untuk menjatuhkan presiden parti, Muhyiddin. Mereka menuduh Wan Saiful melakukan fitnah. Apa pandangan anda?
168 - 77
[KPOLL] Rafizi Ramli dedah wujudnya "tangan tersembunyi" & politik wang dalam PKR! π± Bekas menteri ekonomi itu mendakwa ada ahli parti yang lebih utamakan kronisme daripada khidmat awam, malah sindir individu yang naik pangkat kerana hubungan kuat, bukan kebolehan. π€
Sebagai pengundi dan pemerhati politik, adakah anda rasa dakwaan Rafizi ni berasas? Adakah ini menjejaskan keyakinan anda terhadap PKR dan kerajaan sekarang? [BERITA: www.malaysiakini.com/news/756429]
419 - 145
[KPOLL] π π₯ Isu subsidi RON95 masih hangat! π₯
PM Anwar Ibrahim jelaskan mengapa kerajaan kekalkan subsidi RON95 untuk semua rakyat Malaysia, walaupun cadangan awal subsidi bersasar boleh jimatkan RM8 bilion. Kerajaan bimbang inisiatif itu boleh cetuskan konflik & rasa tidak puas hati. Dengan Budi95, semua rakyat Malaysia boleh beli RON95 pada harga RM1.99 seliter. [BERITA: mk.my/aFhcFel]
π€ Apa pendapat anda tentang keputusan kerajaan ini?
281 - 196
[KPOLL] π π₯ Dakwaan Rasuah Gempar Sabah! π₯
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan, menafikan dakwaan menerima rasuah RM1.78 juta berhubung lesen penerokaan mineral. Beliau mendakwa perbualan dalam video yang tular adalah tentang sumbangan politik sebelum pilihan raya, bukan skandal perlombongan. [BERITA: mk.my/QizyzBV]
π€ Jadi, apa pendapat anda tentang perkara ini?
252 - 63
[KPOLL] ππ¨ Pendedahan mengejutkan Skandal Perlombongan Sabah! π¨ Ahli perniagaan Albert Tei mendedahkan rakaman video perbualannya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan yang didakwa menerima bayaran RM1.78 juta. Tei mendakwa kerugian RM7 juta akibat pembatalan lesen perlombongan. [BERITA mk.my/pP2xNe5] [Link video mk.my/XqQBnmp]
π€ Apakah pendapat anda tentang pendedahan ini?
254 - 79
[KPOLL] π π₯Berita hangat dari Sabah!π₯
Ketua Menteri Hajiji Noor berjanji untuk melantik seorang timbalan ketua menteri berbangsa Cina jika GRS menang pilihan raya akan datang. Langkah ini bagi mengiktiraf sumbangan besar komuniti Cina kepada pembangunan negeri. Selain itu, kerajaan negeri Sabah akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). [BERITA mk.my/zZfJkuW]
π€ Apa pendapat anda tentang janji-janji Hajiji ini?
184 - 120
[KPOLL] π π Mulai 30 Sept, semua pemegang lesen memandu sah di Malaysia boleh beli RON95 pada RM1.99 seliter! PM umumkan had 300L sebulan (kecuali untuk pemandu e-hailing). TapI tanpa had pendapatan, apa pendapat anda tentang subsidi petrol RON95 ini?
288 - 295
KiniTV is the video arm of Malaysiakini where viewers play an active role in shaping the news agenda and disseminating news items, revolutionizing the delivery of independent, accurate and timely news.
For any enquiry please call us at: 006-03-777 0000
Mkini Dotcom Sdn Bhd - 199901014818 (489718-U)