Channel Avatar

KUSUKA KANYA @UC7hs8bYPeKXQV4Awjx0VLpQ@youtube.com

11K subscribers - no pronouns :c

More from this channel (soon)


Welcoem to posts!!

in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

0 - 2

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

1 - 0

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

0 - 0

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

KUALA TERENGGANU: Mengesan pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol adalah antara sasaran Ops Tahun Baharu China (TBC) 2022 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu bagi mengurangkan kemalangan jalanraya.

Pengarah JPJ Terenggganu, Zulkarnain Yasin, berkata memandu dalam keadaan khayal adalah antara punca kemalangan selain menimbulkan sikap tidak berhemah ketika memandu dan cuai.

"Setakat jam 11 malam ini, AADKmelakukan saringan air kencing terhadap 23 pengguna jalan raya dan tiga dikesan di bawah pengaruh dadah yang mana dua berusia 41 tahun dan seorang lagi 47 tahun.

"Ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine," katanya di Jambatan Sultan Mahmud, malam ini.

Ops dijalankan selama dua minggu bermula 25 hingga 8 Februari ini dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), PDRM, dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan keseluruhan anggota seramai 127 orang.

Zulkarnain berkata, dalam masa sama pihaknya turut memfokuskan sembilan kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju (AWAS), tidak mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, pemakaian tali pinggang dan topi keledar, membawa lebih muatan dan muatan bahaya.

8 - 1

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

PUTRAJAYA: Prosedur operasi standard (SOP) baharu umrah menetapkan jemaah mempunyai insurans kesihatan, bagi keperluan rawatan, pengasingan dan kuarantin bagi jangkitan COVID-19 semasa di Arab Saudi dan pulang ke Malaysia.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan SOP itu juga memastikan jemaah lengkap pelalian dan mewajibkan dos penggalak, demi keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Selain itu, syarikat pengendali umrah bertanggungjawab memaklumkan kepada jemaah mengenai tanggungjawab, tatacara, liabiliti dan arahan sepanjang perjalanan umrah jemaah.

Kementerian itu menyatakan SOP baharu perjalanan umrah itu diperhalusi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan akan dibawa ke mesyuarat kuartet untuk kelulusan.

Kementerian itu berkata, SOP berkenaan panduan untuk mengekang penularan COVID-19 ketika jemaah mengerjakan umrah.

Katanya, proses memuktamadkan SOP baharu mengambil kira kepentingan semua pihak secara menyeluruh, termasuklah mengimbangi umrah dengan pelaksanaan prosedur protokol kesihatan dan keselamatan yang lebih rapi, demi memelihara kebajikan jemaah di Tanah Suci dan juga ketika jemaah pulang ke tanah air.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 Januari lalu bersetuju untuk membenarkan semula perjalanan umrah bagi jemaah dari Malaysia bermula 8 Februari ini, selepas kerajaan menggantung sementara perjalanan menunaikan ibadah umrah dan menilai data penularan COVID-19 varian Omicron dalam kalangan jemaah yang pulang ke tanah air.

Selain daripada penilaian data KKM, penggantungan sementara pada masa ini bertujuan untuk memberi ruang kepada agensi kerajaan dan semua pihak menilai dan menambah baik SOP umrah.

Lapan sesi libat urus telah diadakan sejak Disember tahun lalu di Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dengan syarikat pengendali umrah seperti Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). – BERNAMA

7 - 0

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

KUANG: "Saya nampak perubahan Daniel, dia benar-benar insaf. Dia juga sudah meminta maaf, malah saya sendiri sudah memaafkannya,"

Begitu kata Rosli Sidek, 65, datuk kepada remaja yang dimandikan ala jenazah, Daniel Iskandar, 19, selepas cubaan mencuri tabung masjid sehingga tular di media sosial.

Rosli berkata, dia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan pertemuan hari ini dapat meleraikan apa yang terbuku selama ini.

"Kita dapat satu kata putus untuk saling bermaaf-maafan lebih-lebih lagi diadakan di masjid satu tempat mulia bagi orang Islam.

"Kita tidak mahu lagi anasir luar mengambil kesempatan menghina Islam, kononnya orang Melayu Islam melakukan keganasan...ini mengecewakan saya," katanya ketika ditemui selepas pertemuan antara keluarga Daniel dengan pihak pengurusan Masjid Al Islahiah, di sini, hari ini.

Daniel Iskandar (kiri) dipeluk kariah masjid ketika pertemuan yang turut dihadiri Pengerusi Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar bersama Timbalan Mufti Selangor, Prof Madya Dr Miszairi Sitiris, selepas semua pihak yang terbabit dalam kes memandikan seperti jenazah mengambil keputusan untuk berdamai dan menyelesaikan perkara tersebut secara baik di Masjid Al-Islahiah Kuang, Rawang. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Rosli berkata, Daniel sendiri pun sudah meminta maaf di atas tingkah lakunya di mana dia sudah memaafkan cucunya itu.

"Daniel masih muda dan mungkin dia bergaul dengan rakan-rakan yang salah serta tidak mendapat didikan yang baik.

"Daniel sekarang pun diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ditempatkan di satu pusat untuk merawatnya," katanya.

Tambahnya, tahun lepas dia diduga dengan tiga musibah apabila kehilangan abang ipar dan isteri, sebelum dua minggu kemudian kejadian menimpa Daniel pula.

"Bagaimanapun saya perlu tabah dan menganggap ini ujian dari Allah.

"Cuma saya sedih apabila kejadian ini disensasikan dan ada tokok tambah hingga mendapat kecaman dari pelbagai pihak," katanya.

Dia juga tidak mahu menuding jari menyalahkan sesiapa dan pertemuan hari ini dapat mencapai kata sepakat berdamai.

5 - 0

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

NUKU'ALOFA: Letusan gunung berapi Tonga menghasilkan kuasa letupan jauh lebih kuat berbanding bom atom di Hiroshima.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, debu gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai mencapai ketinggian 40 kilometer di atmosfera pada 15 Januari lalu, sehingga mencetuskan gelombang ombak tsunami.

"Kami jangka jumlah tenaga yang dihasilkan daripada letupan gunung berapi itu antara lima hingga 30 megatan (lima hingga 30 juta tan) TNT (bahan kimia Trinitrotoluene)," kata saintis NASA, Jim Garvin, menerusi kenyataan.

NASA berkata, letusan gunung berapi itu beratus-ratus kali ganda lebih kuat daripada bom atom digugurkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima, Jepun pada Ogos 1945, yang dianggarkan 15 kilotan (15,000 tan) TNT.

Agensi itu berkata, letusan berkenaan memusnahkan kepulauan yang terletak di 65 kilometer utara ibu negara Tonga, Nuku'alofa.

Malah, debu toksik setebal 100,000 lapisan yang terhasil menyelubungi keseluruhan kawasan sehingga meracuni air minuman, memusnahkan tanaman dan melenyapkan sekurang-kurangnya dua kampung.

Bencana berkenaan turut mengorbankan sekurang-kurangnya tiga nyawa di Tonga dan menyebabkan dua individu yang berada di pantai di Peru, lemas selepas dibadai ombak besar di negara Amerika Selatan itu.

Susulan itu, pihak berkuasa Peru mengisytiharkan bencana alam sekitar selepas ombak tsunami membadai sebuah kapal membawa minyak, berdekatan Lima, sekali gus mencetuskan tumpahan minyak di pesisir pantai.

Di Tonga, kemusnahan belum dapat dinilai kerana selepas semua bentuk komunikasi di kepulauan berkenaan dilaporkan musnah. - AFP

Pesawat merakam debu di Tonga. - Foto AFP

5 - 0

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

LUCKNOW: Ribuan golongan muda di India membakar gerabak kereta api dan menghalang laluan trafik rel, minggu ini sebagai tanda bantahan terhadap kepincangan pengambil kerja oleh syarikat pengendali kereta api.

Persatuan pelajar turut menggesa supaya lebih banyak demonstrasi diadakan minggu ini, khususnya di timur Bihar yang merekodkan antara kadar pengangguran tertinggi, melangkaui paras global bagi tempoh lima hingga enam tahun lalu.

Keganasan tercetus Isnin lalu selepas ujian pengambilan kerja bagi pelbagai kategori menunjukkan nama segelintir individu muncul beberapa kali, sekali gus menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan calon yang gagal ujian berkenaan.

Jutaan orang memohon bagi mendapatkan kira-kira 150,000 pekerjaan di Bihar dan negeri terdekat, Uttar Pradesh.

"Proses pengambilan tidak telus. Nama beberapa calon tertentu dipaparkan dalam pelbagai kategori dan ini tidak adil," kata Ashutosh Singh, antara peserta demonstrasi di Bihar.

Kementerian Kereta Api semalam dilaporkan berkata, sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti rungutan disuarakan calon.

Terdahulu, individu yang terbabit dalam tindakan vandalisme dan memusnahkan harta awam akan disingkirkan daripada peluang mendapat pekerjaan bagi sektor kereta api, selain bakal berdepan tindakan undang-undang.

Sektor kereta api India setakat ini menggaji lebih 1.2 juta orang.

Di ibu negeri Biha, Patna, pegawai kanan Chandrashekhar Singh, berkata pihak berkuasa sudah merekodkan kira-kira 400 laporan polis, tanpa nama pengadu dan lima institut yang terbabit dalam mendidik pelajar bagi sektor kereta api dan lain-lain pekerjaan.

Di Uttar Pradesh, pihak berkuasa menahan enam anggota polis kerana menggunakan kekerasan terhadap peserta demonstrasi di Prayagraj.

Pegawai kanan polis, Ajay Kumar, berkata tiga orang awam turut diberkas. - REUTERS

6 - 0

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

SEOUL: Satu kebakaran berlaku di Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, Korea Selatan hari ini, namun ia berjaya dipadamkan dalam tempoh 17 minit dan tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Seorang pegawai berkata, kebakaran berpunca daripada alat pemanas di tingkat dua kedutaan itu pada jam 9.38 pagi waktu tempatan dan memaksa kira-kira 20 orang dipindahkan.

Malah, sebahagian daripada dinding bangunan turut dikesan terbakar, namun tiada sesiapa yang tercedera, lapor agensi berita Yonhap.

Pihak berkuasa kini sedang meneliti bagaimana pemanas kipas itu boleh mengakibatkan kebakaran. - AGENSI

3 - 0

KUSUKA KANYA
Posted 2 years ago

TAWAU: Seorang lelaki dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah memiliki dan menanam 12 pokok ganja, dua tahun lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap Azril Surash Masree Samy, 45, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 6B(3) Akta yang sama.

Terdahulu, Awang Kerisnada berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah melalui keterangan tertuduh dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan.

Beliau berkata, pihak pendakwaan sebaliknya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

"Oleh itu, selepas mengambil kira dan mempertimbangkan semua keterangan, fakta kes dan faktor kepentingan awam, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan," katanya.

Tertuduh ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang melakukan serbuan di rumah teres dua tingkat di Taman Mega Ria, Batu 3 Jalan Air Panas, dekat sini, kira-kira jam 5.30 pagi 3 Ogos 2020.

Ketika disoal siasat suspek mengaku mengetahui jenis pokok ditanam itu adalah ganja, selain memaklumkan ia ditanam hanya untuk suka-suka.

Tertuduh juga pada 22 April lalu, dihukum penjara 14 bulan selepas mengaku bersalah kerana memiliki ganja mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya .

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa, Raya Mohd Suhaimi Suriana, manakala tertuduh diwakili peguam Mark Rosaidey dan Muhammad Nazreen Jaafar.

3 - 0