Channel Avatar

Astro AWANI @UC5dYmq91e5_g54krpO06NJw@youtube.com

None subscribers - no pronouns set

Malaysia's first 24 hour news & information channel - delive


Astro AWANI
50 seconds ago - 0 likes

Kira-kira separuh daripada pengundi United Kingdom menyatakan keraguan tentang kemampuan parti politik utama untuk melaksanakan janji manifesto dan penyampaian kompeten mereka menjelang pilihan raya umum pada 4 Julai, menurut tinjauan Ipsos yang dikeluarkan pada Selasa.

Sebanyak 62 peratus daripada sampel yang ditinjau mengatakan mereka tidak yakin bahawa Parti Konservatif akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang digariskan dalam program pilihan rayanya, manakala hanya 25 peratus daripada responden mengatakan bahawa Parti Konservatif mungkin mampu melaksanakan dasar tersebut, menurut tinjauan itu.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
30 minutes ago - 16 likes

Artis popular Amerika Syarikat (AS) Justin Timberlake ditahan atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk pada hari Selasa di New York, lapor CBS News yang memetik polis tempatan.

Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Memetik Reuters, polis di Sag Harbor, New York, bagaimanapun enggan mengulas mengenai tangkapan itu.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
1 hour ago - 12 likes

Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada hari Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq.

Suhu tertinggi - 51 darjah Celsius - direkodkan di Wilayah Dhi Qar, manakala Wilayah Maysan, Basra dan Muthanna mencatatkan suhu 50 darjah Celsius, menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pertubuhan itu memberi amaran di laman Facebook rasminya agar orang ramai mengelak daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan mengesyorkan mereka untuk duduk di rumah semasa waktu puncak haba.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
8 hours ago - 201 likes

Pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya memperbaiki kedudukan ranking beliau ke kedudukan ke-7 dunia hari ini.

Menerusi kemas kini terbaru dari Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Lee Zii Jia yang sebelum ini berada di kedudukan kelapan dunia naik satu anak tangga dan berjaya meraih mata terkumpul sebanyak 78,816 sekali gus menolak kedudukan pemain perseorangan lelaki Thailand, Vitidsarn Kunlavut.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
9 hours ago - 28 likes

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru Kerajaan Perpaduan menegakkan hak asasi terhadap seorang guru dan lapan pelajar Sekolah Alternatif di Sabah yang dipercayai ditahan semasa himpunan #KamiMahuAir Jumaat lalu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini berkata, kegagalan berbuat demikian hanya mengukuhkan persepsi bahawa intimidasi terhadap para aktivis berlaku 'seperti biasa' di bawah Kerajaan Madani seperti pemerintahan kerajaan-kerajaan terdahulu.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
9 hours ago - 347 likes

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, kesemua mereka ditahan dari 13 Jun hingga semalam.

"Seramai lapan individu warga tempatan terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita berusia 26 hingga 53 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.Tujuh daripadanya telah ditahan di Sabah dan satu di Perlis.

"Empat daripada mereka yang ditahan adalah kakitangan bank berkaitan," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
10 hours ago - 29 likes

Mangsa dibunuh suspek berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Agus, di rumah mereka di Kampung Cibarugbug, Desa Citaman, Kecamatan Ciomas, Kabupaten Serang pada Selasa.

Menurut ibu mangsa, Herawati, 26, yang juga saksi utama kejadian, dia terkejut selepas percikan darah terkena ke badannya.

"Saya terbangun selepas merasakan terkena percikan 'sesuatu', tatkala itu saya melihat suami memegang sebilah parang dan tangannya berlumuran darah, melihat saya tersedar suami lantas pergi," katanya.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
11 hours ago - 118 likes

Membawa guru bahasa Inggeris dari luar negara bukan satu penyelesaian dalam memantapkan penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar di Malaysia.

Sebaliknnya, Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar menegaskan, kerajaan sepatutnya memperkasakan pengajaran dan pembelajaran serta latihan terhadap guru bahasa Inggeris tempatan.

"Saya tidak setuju dengan cadangan membawa guru dari luar negara untuk mengajar bahasa Inggeris buat masa ini.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
12 hours ago - 104 likes

Seorang lelaki yang videonya tular kerana menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berusia 38 tahun itu di dalam kedai berkenaan di Selayang pada 2 petang, 4 Jun lepas.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews

Astro AWANI
12 hours ago - 27 likes

KAO Malaysia melancarkan Bioré GUARD Mos Block Serum, produk baharu yang diformula dengan ‘Anti-Landing Tech’ yang berupaya menghalang pendaratan nyamuk pada kulit.

Bukan sekadar pelancaran produk terbaharu, tetapi ia juga bersempena pengembangan kempen ‘GUARD OUR FUTURE’, sebuah projek global syarikat dari Jepun itu untuk membanteras penyakit bawaan nyamuk dengan lebih menyeluruh melibatkan seluruh anggota masyarakat.

Di Malaysia, denggi yang merupakan antara pembunuh utama dan masalah penyakit berbahaya ini sudah menghantui sejak sekian lama, malah angka kes semakin meningkat saban tahun.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com/
#AWANInews