Channel Avatar

BangChik Life @UC4t-hfNodxY6etXu7gYSwYw@youtube.com

94K subscribers - no pronouns :c

Collaboration & Review boleh wasap di +601159510160


BangChik Life
4 weeks ago - 102 likes

Ada yang nak BangChik cover team Malaysia PUBG pulak, mana tabung lagi nak korek nie nak turun Riyadh lagi. Seribu like BangChik beli tiket. Kalaulah riyadh tu sebelah rumah.

🤣🤣🤣🤣🤣🤣

BangChik Life
2 months ago - 33 likes

Bila melihat kak zurin kita update mengenai haji 2024, memang BangChik terasa bangga.

Jumlah tontonan pun alhamdulillah, sudah semakin meningkat. Bukan senang yer kak zurin nak update mengenai haji.

Kerana beliau ada kerja hakiki yang agak sibuk sebenarnya sebab BangChik memang mengenali beliau. Mana yang tak kenal sangat mungkin tak tahu.

Tapi untuk beliau lebih semangat, jom sama-sama naikkan dari segi jumlah tontonan. Antara penyumbang menaikkan semangat content creator adalah apabila jumlah tontonan tinggi.

Macam mana nak buat jumlah tontonan tinggi, itu adalah tugas kita semua untuk memberi sumbangan iaitu dengan tekan butang share, komen yang baik-baik dan melihat sehingga habis.

Bila semangat sudah dapat, barulah seorang content creator akan selalu update terkini. Akan timbul rasa bersalah jika tidak update sesuatu.

Satu lagi jangan lupa untuk tekan butang subscribe, itu juga menjadi satu pemangkin semangat.

Manalah tahu, ada sedikit tempias pahala kita menaikkan semangat seorang content creator.

Jadi jangan lupa untuk tekan butang subscribe.

Kalau satu hari nanti, kak zurin lebih dari BangChik pun sedikit cemburu pun tak akan ada. Tetapi BangChik amat berbangga sebenarnya.

Tahniah kak zurin, doakan BangChik sampai secepat mungkin. Kita rancakkan semangat haji bersama-sama.

#BangChikLife

BangChik Life
3 months ago - 68 likes

Tawaran sementara BangChik masih berada di Malaysia.

Seperti semua tahu, setiap tahun BangChik akan edarkan secara percuma kepada jemaah haji malaysia pelbagai makanan sarapan pagi dan paling famous sambal belacan bakar tengah padang pasir.

Kesedapan dia jangan cakaplah, ramai jemaah haji tahun lepas masih ungkit kesedapan dia. Tak percaya tanya yang pernah dapat.

Kepada mana-mana syarikat atau jenama yang tahun nie nak turut serta. Tawaran istimewa BangChik akan terbangkan sekali dengan pelekat anda untuk ditampalkan bersama.

Yang paling penting jenama anda akan masuk kedalam vlog BangChik yang mempunyai rekod tontonan yang tinggi di musim haji.

Jadi ini tawaran yang BangChik boleh bagi semasa BangChik masih berada di malaysia sebab BangChik boleh bawak sekali stiker-stiker anda.

Sebarang kerjasama boleh hubungi BangChik di talian ⁨011-5951 0160⁩ .

Promosi dapat amal pun dapat insya-Allah.

#BangChikLife

BangChik Life
5 months ago - 288 likes

Siapa setting sampai 5 kali jam loceng hari ini !!! Jujur sekarang 🤣🤣🤣

Selamat berpuasa semua....

#BangChikLife

BangChik Life
5 months ago - 189 likes

Video nie BangChik akui tak banyak view pun, lagi pun memang BangChik tak mengharap mana pun jumlah tontonan yang banyak.

Cuma seronok dia untuk video kali nie, ramai sahabat-sahabat yang berada di arab saudi respon dengan video nie.

Ada yang malam tadi terus pergi cuba, siap BangChik pesan, kalau tak sedap jangan marah, sebab kesedapan atas lidah masing-masing.

Takut juga benda yang kita review tak kena tekak orang lain dan BangChik memang jarang buat review makanan.

Yang paling best, respon dari sahabat-sahabat BangChik diseluruh dunia. BangChik kan go to international sekarang. Tapi kebanyakkan orang malaysia yang bekerja di luar negara respon.

Terliur tengok BangChik makan, mana nak cari nie, yang nie BangChik minta maaf sangat-sangat. Bukan niat nak buat orang terliur.

Cuma BangChik cuba buat kelainan sikit untuk episod-episod baru. Nak lari sikit dari bab umrah dan haji. Sebab tu BangChik dah jarang bercakap tentang umrah dan haji.

Bukan taknak cakap langsung, cuma berehat sekejap. Sebab bertahun duduk cakap benda yang sama akan jadi boring juga.

Disini juga BangChik nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada betul-betul penyokong kuat BangChik Life. Walaupun BangChik buat apa pun tetap menyokong sepenuh jiwa.

Bak kata die hard fans lah, buat apa pun terima sahaja. Setiap kali BangChik post walaupun bukan sebab makkah madinah pun melihat dengan setia. Terima kasih sangat-sangat, anda tahu siapakah diri anda.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih

Jangan risau, sampai masa BangChik tetap akan kembali cerita bab umrah dan haji. Cuma sekarang tempoh bertenang mencari idea-idea baru yang lebih segar untuk berkarya.

#BangChikLife

BangChik Life
7 months ago - 218 likes

Alhamdulillah.... terima kasih semua atas sokongan yang amat padu pada tahun 2023.

#BangChikLife

BangChik Life
7 months ago - 224 likes

Wow, BangChik pun tak sangka, BangChik dapat lebih 44 ribu perkongsian sepanjang tahun 2023 di semua media sosial untuk vlog di Youtube.

Dengan 189 vlog yang di muat turun, kira banyak juga 44 ribu perkongsian. Awal betul Youtube keluarkan perangkaan untuk tahun 2023 walaupun belum habis lagi 2023.

Tahun 2023 sudah menjadi sejarah, semoga tahun depan BangChik lebih bersemangat untuk terus membuat perkongsian kepada anda tak kira BangChik berada dimana.

Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa berkongsikan vlog BangChik, BangChik hanya tahu seorang dua yang suka kongsikan, tetapi bukan semua, hanya anda sahaja yang mengetahui status ini untuk anda yang sentiasa menyokong BangChik.

Semoga dengan usaha kongsikan vlog BangChik, ada terselit kebaikkan dan manfaat bersama, insya-Allah....

#BangChikLife
#MyYearOnYoutube2023

BangChik Life
9 months ago - 244 likes

Apabila semua benda buat tak jadi, kita akan rasa kecewa sangat, nak-nak berlaku peristiwa yang tak akan boleh ulang.

Tanpa kau sedari, masaalah teknikal itu muncul. Membuat rakaman tanpa suara, mic buat masaalah. Memang sakit hati.

Maafkan sahabat-sahabat ku yang mengharapkan sambutan maulidul rasul di tonton oleh orang di kampung. Kali ini memang BangChik tak boleh buat apa.

Bila suara tiada, memang BangChik tak boleh upload. Hanya memori di ingatan sahaja. BangChik tiada kepakaran untuk buat voice over. Itu memang kelemahan BangChik.

Bukan BangChik tak sudi upload, tapi itulah, benda dah jadi.

#BangChikLife

BangChik Life
10 months ago - 351 likes

BangChik sedar, BangChik dapat banyak kecaman sebab cover cerita bola sepak wanita baru-baru ini. Benda ini memang dah terlintas dalam fikiran BangChik sebelum anda kecam pun.

Tak percaya, tanyalah orang kanan BangChik iaitu isteri BangChik sendiri.

Ingat senang BangChik nak buat keputusan yang melanggar hukum islam, tetapi kena ingat, BangChik buat juga kerana atas nama Malaysia. Untuk menaikkan semangat pemain-pemain satu hal yang lain.

BangChik buat kerana untuk menyampaikan sesuatu yang berlaku berkaitan malaysia dibumi arab ini sebagai tanggungjawab sosial BangChik.

Satu lagi, nak mengharapkan yang selalu mengecam BangChik ini untuk mempromosikan channel BangChik nie memang tidaklah. Biasa yang mengecam nie memang pandai mengecam sahaja. Nak bantu kongsikan vlog BangChik memang tidak.

Dengan mempelbagaikan konten atau info dapat membantu orang kenal BangChik. Dari situ juga ramai yang akan mengetahui kewujudan BangChik di media sosial ini untuk orang dekat dengan makkah atau madinah.

Nak tarik golongan muda untuk ikut BangChik bukan mudah. Orang lain buat seratus dua ratus vlog dah berjaya. Tahukah yang mengecam BangChik sepanjang dua tahun BangChik berkarya, 600 lebih video sudah BangChik hasilkan.

BangChik sedar dan akui, salah tetap salah, tetapi adakah dengan mengecam boleh menaikkan semangat BangChik dan BangChik pun tak pernah mengaku pun BangChik ini adalah seorang ustaz atau orang yang baik-baik.

Cuma ini sahaja platform yang ada untuk orang lebih dekat dengan makkah dan madinah. Tidak BangChik nafikan orang follow BangChik sebab makkah dan madinah. Nak bercakap mengenai agama bukan bidang BangChik.

Niat BangChik cover bola sepak wanita adalah kerana ianya membawa nama Malaysia. Kalau hari tu Malaysia tak main, takdanya BangChik nak buat liputan.

Dan akhir sekali liputan BangChik bukan hanyalah makkah dan madinah, tetapi dimanakah BangChik berada.

Minta maaf hari ini BangChik terpaksa tulis panjang, sebab kecaman-kecaman ini buat BangChik tak boleh tidur.

BangChik juga tahu, yang menyokong BangChik lebih ramai dari yang mengecam, tetapi mengecam itu boleh buat hati terguris dan susah untuk sembuh. Mana tahu dengan luahan ini dapat mengubat hati yang terguris.

#BangChikLife

BangChik Life
11 months ago - 241 likes

Minta satu dengan subscribers, tetapi dibawa sampai 5 bendera Malaysia, alhamdulillah terima kasih banyak-banyak kerana sudi bawakkan untuk BangChik dari Malaysia.

Walaupun BangChik jauh diperantauan tetapi semangat patriotik BangChik tak akan diluntur. Semakin kita berada jauh dengan Malaysia, sebenarnya ianya akan menjadi kita lebih bersemangat.

Inilah perasaan setiap warga malaysia yang bekerja di luar negara. Walaupun kebanyakkan mengatakan kami semua lupa kepada tanah tumpah, sebenarnya ianya salah.

Semangat itu tetap ada, seperti peribahasa yang selalu kita dengar, walaupun hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegara sendiri. Tetap ingatan kami kepada hujan batu. Cuma bagi peluang kami bawak balik emas dulu.

Kalau BangChik berada di Malaysia sekarang, sudah tentu BangChik akan berada di putrajaya pada pagi 31hb kerana hari yang bersejarah harus diraikan untuk menjadi sejarah buat kita semua sebagai anak merdeka.

Jom sama-sama kita naikkan bendera malaysia diseluruh dunia dan mengatakan kami semua adalah dari negara yang merdeka.

#BangChikLife