Kepulangan delegasi Malaysia yang sertai GSF sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Terima kasih untuk segala jasa kalian untuk Malaysia dan dunia.
Objektif utama misi GSF sudah tercapai. Usaha ini berjaya membawa perhatian dunia supaya tertumpu kepada saudara kita di sana. Walaupun usaha untuk sampaikan bantuan fizikal tidak tercapai, tetapi Allah SWT gantikan dengan kejayaan lain sebagai permulaan kepada sebuah perubahan, insya-Allah.
Melihat usaha GSF sejak hari pertama pelayaran mereka ke sana, umat manusia di seluruh dunia tidak putus mendoakan.
Kesan pelayaran ini mencetuskan samudera luar biasa yang bergelora ke benua seluruh dunia terhadap saudara kita di bumi mulia.
Terima kasih sekali lagi untuk jasa kalian yang sanggup berkorban masa, tenaga dan harta, sanggup berjauhan dengan keluarga demi perjuangkan nasib penduduk G.
Hanya Allah sebaik-baik pemberi balasan. Peranan kita pula adalah terus sebarkan kesedaran dan maklumat tentang saudara kita di sana sehingga nasib mereka terbela dan dibebaskan.
Kini, fokus kita terarah ke misi yang sedang berlangsung. Doakan keselamatan dan kejayaan untuk pelayaran ke-3 iaitu FFC dan TMTG 🤲🏻
#ustazwadiannuar
2.7K - 21
ZIKIR ISTIMEWA WAKTU PAGI
Daripada Juwairiyah binti al-Harith r.a., katanya: Nabi ﷺ keluar dari sisinya pada pagi hari setelah solat Subuh, sedangkan Juwairiyah masih duduk berzikir di tempat solatnya.
Kemudian baginda kembali setelah matahari meninggi, dan mendapati Juwairiyah masih duduk di situ.
Lalu Rasulullah ﷺ bersabda:
“Masihkah engkau dalam keadaan yang sama seperti ketika aku meninggalkanmu tadi?”
Dia menjawab: “Ya.”
Maka Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengucapkan selepasmu empat kalimat, sebanyak tiga kali. Sekiranya ia ditimbang dengan semua yang engkau ucapkan sejak tadi, nescaya ia akan menyamainya:
“ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ " .
(iaitu) Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, sebanyak bilangan makhluk-Nya, menurut keredaan diri-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya, dan sebanyak tinta kalimah-kalimah-Nya."
[HR. Muslim no. 2726]
2.7K - 24
Seramai 12 sukarelawan Malaysia telah diculik oleh rejím haram di perairan antarabangsa.
Mereka bukan penjenayah, tetapi insan ikhlas yang sanggup meninggalkan keluarga dan tanah air demi misi kemanusiaan. Namun keberanian ini dibalas dengan kekerasan.
Marilah kita bermunajat agar mereka dilindungi Allah, segera dibebaskan daripada kezaliman dan seluruh armada Global Sumud Flotilla selamat meneruskan misi mereka.
Sehubungan itu, Ustaz Wadi Annuar menyeru umat Islam agar menunaikan solat sunat hajat dan doa qunut Nazilah di masjid, surau dan tempat masing-masing.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tiada hijab (penghalang) antaranya dengan Allah.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Semoga Allah melindungi dan menguatkan para sukarelawan kita, serta menganugerahkan kemenangan kepada rakyat G🍉.
#ustazwadiannuar #sumudflotilla #globalsumudflotilla
5.8K - 96
Doa memohon agar Allah SWT tidak meletakkan apa-apa halangan, sama ada dalaman (seperti malas, lupa, sombong) atau luaran (seperti kesibukan, ujian, gangguan), yang boleh menghalang seseorang daripada memperoleh ilmu.
#ustazwadiannuar #doa #ilmu
1.7K - 20
Begitulah seterusnya penipuan demi penipuan dibuat demi menutup kesalahan. Permulaan bagi segala kesalahan adalah menipu.
Zina bermula dengan menipu.
Minum arak bermula dengan menipu.
Mengumpat bermula dengan menipu.
Mendedahkan aurat bermula dengan menipu
Rasuah bermula dengan menipu.
Pecah amanah bermula dengan menipu.
Sebelum melakukan sesuatu kesalahan, seseorang itu akan menipu dirinya dengan pujukan-pujukan palsu untuk membenarkan kesalahannya sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
Ada orang menipu atau memanipulasi orang lain untuk menjayakan kesalahannya.
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Penipuan yang telah dibuat memerlukan penipuan seterusnya untuk menutup kesalahan. Maka berlakulah satu kitaran pembohongan yang tidak berpenghujung.
Mustahil sesuatu kesalahan dapat ditutup dengan kejujuran kerana hal demikian telah mencampurkan hak dan batil.
Dalam Islam, menipu termasuk dalam dosa-dosa besar. Oleh sebab itu, jadilah orang yang berkata benar walaupun berkemampuan untuk menipu.
Semoga Allah SWT merahmati kita semua.
#ustazwadiannuar
2.1K - 21
Ceramah Perdana - Gelombang Fitnah Akhir Zaman | Ustaz Wadi Annuar
📅 𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵: 30 September 2025 (Selasa)
⏰ 𝗪𝗮𝗸𝘁𝘂: Selepas maghrib
📍 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁: Masjid Raudhatun Nahrain, Taman Sungai Dua Utama, Butterworth, Pulau Pinang
🔴 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 boleh ditonton di media sosial rasmi Ustaz Wadi Annuar:
• Facebook
• TikTok
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir.
#ustazwadiannuar
983 - 14
Bacalah ‘bismillah’ ketika menanggalkan pakaian. Sunnah Nabi ﷺ ini menjadi pelindung agar aurat kita tidak terlihat oleh jin.
2.6K - 16
🌟 Review jujur dari pembeli Buku Asas-asas Fardu Ain:
“Buku mudah difahami, grafik comel & warna menarik.”
“Ringkas, padat & sesuai untuk keluarga.”
“Isi buku jelas, bahasa moden & sesuai untuk remaja hingga dewasa.”
📘 Buku ini direka khas supaya mudah dibaca & difahami sesiapa sahaja, dari kanak-kanak hingga dewasa.
🔥 Ramai dah beli di TikTok Shop, ANDA BILA LAGI
🛒 Klik sini untuk dapatkan:
Tiktok Shop : vt.tiktok.com/ZSHWdP5BUHjbu-trKkD/
Shopee: s.shopee.com.my/7V7Dy479ic
543 - 3
Hari ini kita tengok ramai orang anggap pakai dan buka tudung sebagai perkara normal. Lebih pelik bila perbuatan itu siap mendapat sokongan ibu bapa.
Perintah menutup aurat, baik lelaki atau perempuan bukan tuntutan penampilan dan maruah semata-mata, tetapi juga berkaitan akidah demi menjunjung syariat.
Ketahuilah mendedahkan aurat itu termasuk dosa besar dalam Islam. Bukan soal kebebasan individu, kesihatan mental, menjadi diri sendiri atau soal hati baik walaupun tidak bertudung.
Hati-hati, bimbang kefahaman begini sebenarnya datang daripada bisikan syaitan yang memujuk hati supaya membenarkan perbuatan mungkar itu.
Ditambah lagi dengan orang sekeliling yang menyokong atas tiket kebebasan individu. Golongan 'enabler' inilah yang buatkan semakin ramai orang mencabut tudung mereka.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Ingat, Allah SWT berfirman walau sekecil-kecil zarah kebaikan atau keburukan yang dibuat pasti ada balasannya:
فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًۭا يَرَهُۥ (7) وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍۢ شَرًّۭا يَرَهُۥ (8)
Maksudnya: "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (8)"
Satu zarah bersamaan sebutir pasir dicincang sejuta. Demikianlah betapa Allah SWT itu Maha Teliti dengan setiap kerja buat kita di dunia. Apatah lagi dosa-dosa besar yang dibuat secara rela dan diviralkan.
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Semoga Allah SWT sentiasa memberi hidayah kepada kita untuk kembali menjunjung perintah-Nya.
#ustazwadiannuar
4.3K - 28
Jangan memandang hutang itu sebagai perkara yang remeh. Ia melibatkan perihal dunia dan akhirat kita. Kita perlu bertanggungjawab terhadap hutang kita.
Menurut jumhur ulama, hutang tidak gugur walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Ia perlu dilunaskan menggunakan harta pusaka si mati (penghutang) walaupun tidak diwasiatkan supaya melunaskannya.
Moga Allah menghindarkan kita semua daripada belenggu hutang.
#ustazwadiannuar
1.6K - 24
📌 Support MediaUWA
“If you would like to support our management and operational costs, we warmly welcome your contributions through a monthly subscription. We sincerely thank all generous contributors and pray that every cent shared becomes a lasting reward for as long as our videos continue to benefit others.”
⸻
🛑 Comment Disclaimer
MediaUWA is not responsible for any comments written by viewers in the comment section. Please think wisely before leaving any remarks, especially those containing provocation, insults, or slander. All comments are the sole responsibility of the individual writer. Let us work together to keep this space harmonious with constructive sharing.
⸻
©️ All Rights Reserved 2025
No part of this content may be reproduced, distributed, or transmitted in any form – including recording, photocopying, or electronic methods – without permission from the publisher (MediaUWA).
10 April 2018