Assalamualaikum wbt salam serumpun dari saya , Hali, di Kota Temasek(Singapura).
Channel ini memaparkan kisah, pengalaman serta pandangan saya mengenai tempat, sejarah, adat dan budaya masyarakat Melayu di nusantara yang tercinta ini.
Di Singapura, masyarakat Melayu bukan sahaja terdiri daripada orang-orang Melayu tetapi juga merangkumi pelbagai etnik suku kaum seperti orang-orang Bugis, Jawa, Banjar, Boyan dan lain-lain lagi. Saya yakin akan juga ada keunikan keunikan seperti ini di negara negara jiran di nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan lain lain.
In shaa allah jika diizinkan tuhan dan diberikan kesempatan, saya ingin menjelajah seluruh nusantara untuk mengenali dengan lebih dekat sejarah, adat dan budaya kita serumpun.
Jom ikuti Hali. Yok!
Salam Damai Nusantara