in the future - u will be able to do some more stuff here,,,!! like pat catgirl- i mean um yeah... for now u can only see others's posts :c
𝗙𝗔𝗗𝗛𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 - 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗞𝗢𝗧𝗢𝗥, 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗔𝗗𝗨𝗛 𝗗𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡
Sabda Rasulullah saw :
والصِّيام جُنَّةٌ فَإِذا كَانَ يوْمُ صوْمِ أَحدِكُمْ فلا يرْفُثْ ولا يَصْخَبْ ، فَإِنْ سابَّهُ أَحدٌ أَوْ قاتَلَهُ ، فَلْيقُلْ : إِنِّي صَائمٌ
Puasa itu perisai. Seandainya seseorang berpuasa pada suatu hari, janganlah dia berkata perkataan yang kotor dan meninggikan suara. Seandainya seseorang mencelanya, atau mengajaknya bergaduh, katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa.
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
------------------------
𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺:
t.me/JabatanMuftiNegeriSembilan/1072
------------------------
#jmknns
#muftin9
#puasa #ramadhan2025 #akhlakmulia
11 - 0
𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
ثَلَاثةٌ لا تُرَدُّ دَعوَتُهُمُ؛ الإمامُ العادِلُ، والصّائمُ حَتَّى يُفطِرَ، ودَعوَةُ المَظلومِ تُحمَلُ على الغَمامِ وتُفتَحُ لَها أبوابُ السَّماءِ، ويَقولُ الرَّبُّ: وعِزَّتِى لأنصُرَنَّكِ ولَو بَعدَ حينٍ
rtinya, “Tiga golongan yang tidak ditolak doanya: pemimpin yang adil, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮, dan doa orang yang dizalimi yang diangkat oleh Allah di atas awan, dibukakan baginya pintu-pintu langit, lalu Allah berfirman: ‘Demi kemuliaan-Ku, Aku pasti akan menolongmu meski setelah beberapa waktu’.”
(HR Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, Sunan Ibnu Majah, dan Sunan At-Tirmidzi)
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Ertinya, “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka doa yang tidak akan ditolak”. (HR Riwayat Ibn Majah )
Dalam Sebuah Hadis Qudsi : Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda bahawa Allah berfirman :
كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
Ertinya, “Puasa itu untuk-Ku, dan Aku yang akan memberikan balasannya.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
--------------------------
𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺:
t.me/JabatanMuftiNegeriSembilan/1068
--------------------------
#jmknns
#muftin9
#puasa #ramadhan2025
17 - 0
𝗙𝗔𝗗𝗛𝗜𝗟𝗔𝗧 𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 - 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗣𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗡𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗨 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔 𝗔𝗥-𝗥𝗔𝗬𝗬𝗔𝗡
وعن سهلِ بنِ سعدٍ رضي اللَّه عنهُ عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قال : إِنَّ فِي الجَنَّة باباً يُقَالُ لَهُ : الرَّيَّانُ ، يدْخُلُ مِنْهُ الصَّائمونَ يومَ القِيامةِ ، لا يدخلُ مِنْه أَحدٌ غَيرهُم ، يقالُ: أَينَ الصَّائمُونَ ؟ فَيقومونَ لا يدخلُ مِنهُ أَحَدٌ غيرهم ، فإِذا دَخَلوا أُغلِقَ فَلَم يدخلْ مِنْهُ أَحَدٌ - متفقٌ عليه .
Sahl bin Saad RA meriwayatkan daripada Nabi saw, baginda saw bersabda:
Sesungguhnya di syurga terdapat sebuah pintu yang dipanggil ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hari kiamat. Tidak ada seorang pun dapat memasukinya melainkan orang yang puasa.
Akan dipanggil: Di mana orang-orang yang berpuasa. Maka mereka (yang berpuasa) akan bangun, tidak ada yang melalui pintu itu selain mereka. Apabila mereka sudah masuk, maka pintu ditutup. Dan tiada seorang pun dapat memasukinya lagi.
Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
----------------------
𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺:
t.me/JabatanMuftiNegeriSembilan/1066
----------------------
#jmknns
#muftin9
#hadis #puasa #ramadhan2025
15 - 0
𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗔-𝗗𝗢𝗔
𝟭. 𝗗𝗼𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻
Dibaca apabila masuk malam pertama daripada bulan Ramadhan, yakni apabila azannya maghrib hari terakhir Sya’ban dan telah masuk Ramadhan:
أللهمَّ سَلِّمْنا لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لَـنا، وَتَسَلَّمْهُ مِنَّا مُتَقَبَّلًا
Maksudnya : Ya Allah, selamatkanlah kami untuk Ramadhan, dan selamatkan Ramadhan untuk kami, dan selamatkan Ramadhan daripada kami (daripada amalan-amalan kami di dalamnya) sehingga menjadi amal yang diterima. (Hadis Riwayat At- Tabrani)
𝟮. 𝗗𝗼𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗔𝗻𝗮𝗸 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻
Rasulullah ﷺ telah mengajarkan doa buat umat Islam apabila melihat anak bulan Ramadhan :
اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ
Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” Riwayat Ahmad (1397)
𝟯. 𝗗𝗼𝗮 𝗧𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗴𝗲𝗺𝗯𝗶𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻
Dari Ibnu Umar dia berkata, apabila Rasulullah melihat hilal dia berkata:
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالأَمْنِ وَالإِيمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَالإِسْلاَم وَالتَّوْفِيقِ لِمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللَّهُ
Maksudnya : “Allah Maha Besar, Ya Allah, terbitkanlah ke atas kami bulan sabit dengan membawa keamanan dan keimanan, kesejahteraan dan Islam, serta taufik untuk melakukan segala yang Engkau redha. Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah.” (HR. At-Tirmidzi & Ad-Darimi)
#jmknns
#muftin9
#doa #ramadhan2025
19 - 0
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗠𝗨 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔
Umar bin 'Abdul 'Aziz berkata:
من عبد الله بغير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح
"Sesiapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka dia akan membuat banyak kerosakan daripada mendatangkan kebaikan." (Al Amr bil Ma'ruf, hal. 15)
1) Memperbanyakkan doa kepada Allah dengan khusyuk.
2) Membersihkan diri dengan taubat nasuha daripada segala dosa dan maksiat yang pernah dilakukan.
3) Mempelajari hukum-hukum berkaitan puasa & amalan-amalan Nabi sebelum memasuki Ramadhan.
4) Menyusun sebaik-baiknya program sepanjang bulan Ramadhan.
5) Memohon kemaafan kepada pasangan, ibubapa, ahli keluarga, jiran & sahabat.
#jmknns
#muftin9
#RoadToRamadhan
23 - 1
𝗧𝗜𝗣𝗦 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡
𝟭. 𝗠𝘂𝗵𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 & 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮𝗻:
𝘈𝘶𝘥𝘪𝘵 𝘋𝘪𝘳𝘪 – Semak amalan, perbaiki solat, baca Quran lebih konsisten.
𝘛𝘪𝘯𝘨𝘨𝘢𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘋𝘰𝘴𝘢 – Bersihkan hati dari perkara yang sia-sia dan maksiat.
𝟮. 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗜𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵
𝘘𝘢𝘥𝘢' 𝘗𝘶𝘢𝘴𝘢 – Bagi yang ada hutang puasa, ini masa terbaik untuk qada'.
𝘛𝘪𝘯𝘨𝘬𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘘𝘪𝘺𝘢𝘮𝘶𝘭𝘭𝘢𝘪𝘭 – Latih diri bangun tahajud untuk kekalkan momentum di Ramadhan.
𝟯. 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗱𝗶𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗮𝗹 & 𝗛𝗮𝘁𝗶
𝘕𝘪𝘢𝘵 & 𝘈𝘻𝘢𝘮 𝘉𝘢𝘳𝘶 – Tetapkan niat untuk jadikan Ramadhan kali ini lebih baik.
𝘔𝘢𝘢𝘧𝘬𝘢𝘯 𝘖𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘓𝘢𝘪𝘯 – Bersihkan hati dari dendam, supaya masuk Ramadhan dengan jiwa tenang.
𝟰. 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗙𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹
𝘑𝘢𝘨𝘢 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 – Kurangkan kafein, mula biasakan diri dengan sahur dan berbuka secara sihat.
𝘉𝘦𝘳𝘴𝘪𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘙𝘶𝘮𝘢𝘩 & 𝘛𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘚𝘰𝘭𝘢𝘵 – Sediakan ruang yang selesa untuk ibadah di rumah.
-----------------------
t.me/JabatanMuftiNegeriSembilan/1050
-----------------------
#jmknns
#muftin9
#tips #ramadhan2025
14 - 1
𝗔𝗪𝗔𝗦! 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗗𝗥𝗔𝗝
Derhaka pada Allah tetapi harta melimpah ruah...Rezeki tidak putus. Kita berfikir kita disayangi Allah S.W.T... Tetapi AWAS !! Mungkin ianya ISTIDRAJ
خف من وجود إحسانه إليك ودوام إساءتك معه أن يكون ذلك استدراجا
سنستدرجهم من حيث لا يعلموَن
"Takutlah pada kebaikan allah kepadamu di tengah keberlangsungan derhakamu terhadap-nya kerana itu boleh jadi sebuah tipudaya (istidraj) seperti firman-nya, 'kami memperdayakan (mengistidrajkan) mereka dari jalan yang mereka tidak ketahui." - Ibnu Athoillah
قاله الشيخ زروق رضى الله عنه فخف أيها
المريد من دوام إحسان الحق إليك بالصحة والفراغ وسعة الأرزاق ودوام الأمداد الحسية أو
المعنوية مع دوام إساءتك معة بالغفلة والتقصیر
Syeikh Zarruq berkata, 'Wahai para pelajar, takutlah kamu pada kurniaan-nya yang berterusan untuk kamu dalam bentuk kesihatan, kelapangan, rezeki yang melimpah ruah, dan kekayaan harta benda dan rohani ketika kamu sentiasa menderhakai-nya dalam bentuk kecuaian dan kelalaian, "(Syeikh ibn Ajibah - Iqazhul Himam Fi Syarhil Hikam)
#jmknns
#muftin9
#istidraj
20 - 1
𝗞𝗔𝗜𝗙𝗜𝗬𝗬𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗗𝗢𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗜𝗦𝗙𝗨 𝗦𝗬𝗔𝗔𝗕𝗔𝗡
Berkata Imam Abdul Hamid al-Syafie di dalam Kitab Kanz al-Najah wa al-Surur,
Aku berkata: Telah dikumpulkan doa yang ma’thur sesuai dengan keadaan, khususnya nisfu Sya’ban yang diketahui ramai, pada malam yang berkat itu dibaca doa tersebut oleh umat Islam sama ada bersendirian atau berkumpulan di masjid-masjid atau selainnya, sama dibaca secara talaqqi (seorang baca diikuti oleh orang ramai) atau seorang membacanya kemudian diaminkan oleh yang lain sebagai mana yang dimaklumi. Adapun kaifiyyatnya adalah seperti berikut:
Dibaca dahulu sebelum doa, selepas solat Maghrib, surah Yasin sebanyak tiga kali,
Bacaan pertama dengan niat dipanjangkan umur.
Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
Tiap kali dibaca surah (Yasin).. dibaca doa selepasnya.
Berkata Imam Murtadha al-Zabidi (al-Hanafi) di dalam kitab al-Ittihaf ,
Telah diwarisi oleh ulamak Khalaf daripada ulama Salaf dalam menghidupkan malam (nisfu Sya’ban) dengan solat 6 rakaat selepas solat Maghrib. Setiap 2 rakaat satu salam dan selepas setiap dua rakaat dibaca surah Yasin sebanyak sekali. Kemudian dibaca doa yang masyhur dibaca pada malam nisfu Sya’ban. Pertama memohon kepada Allah agar diberkati umurnya, kedua keberkatan beroleh husnul khatimah. Barang siapa yang melakukan sedemikian akan dikurniakan apa yang dipohon. Solat ini masyhur di dalam kitab-kitab ulama sufi yang terkini. Aku tidak dapati tentang solat ini dan seruannya bersandar dengan sunnah yang sahih kecuali ianya diamalkan oleh para masyaikh.
Hal ini disebutkan juga oleh al-Alamah al-Dairibi di dalam mujarobatnya tentang kelebihan surah Yasin. Ia dibaca sebanyak 3 kali pada malam nisfu Sya’ban . Begitu juga, disebut oleh al-Syeikh Muhammad al-Dumyati al-Madani al-Syafie di dalam kitab Nihayah al-Amal .
-------------------------
𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝘂𝘁𝗻𝘆𝗮:
t.me/JabatanMuftiNegeriSembilan/1036
-------------------------
13 - 0
𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗥𝗚𝗜 𝗗𝗔𝗛𝗨𝗟𝗨, 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗡𝗧𝗜 𝗗𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗧𝗨 𝗦𝗬𝗨𝗥𝗚𝗔
Kehilangan anak adalah ujian yang berat bagi ibu bapa, namun Islam mengajarkan bahawa kesabaran dalam menghadapi ujian ini membawa ganjaran yang besar. Rasulullah SAW memberikan khabar gembira bahawa anak-anak yang pergi dahulu akan menanti ibu bapa mereka di pintu syurga.
Berikut adalah hadis yang memberi ketenangan dan harapan bagi mereka yang diuji dengan pemergian anak tercinta
Daripada Abu Hassan RA:
عن أبي حسان قال : قلتُ لأَبِي هُرَيْرَةَ : إنَّه قَدْ مَاتَ لِي ابنانِ ، فَمَا أَنْتَ مُحَدِّثِي عَنْ رَسُولِ اللهِ بِحَدِيْثٍ تُطَيِّبُ بِهِ أَنْفُسَنَا عَنْ مَوْتَانَا ؟ قالَ : نَعَمْ ، صِغَارُهُم دَعَامِيْصُ الجَنَّةِ ، يَتَلَقَّى أَحَدُهُم أَبَاهُ - أَوْ قَالَ أَبَوَيْهِ - فَيَأْخُذُ بِثَوْبِهِ ، - أَوْ قَالَ بِيَدِهِ - كَمَا آخُذُ أَنَا بِصَنَفَةِ ثَوْبِكَ هذا ، فَلا يَتَنَاهَى حتى يُدخِلَه اللهُ وَأَبَاهُ الجَنَّةَ
Maksudnya: Aku bertanya kepada Abu Hurairah tentang keadaan dua anakku kecilku yang telah meniggal dunia, “Boleh tidak engkau menyampaikan kepadaku satu hadis daripada Rasulullah SAW yang boleh memujuk jiwa-jiwa kami kerana kematian ini?” Jawab Abu Hurairah, “Boleh, anak-anak mereka ialah Da’amis Syurga. Salah seorang daripada mereka menemui ayah mereka, atau ibu bapa, lalu menarik bajunya, atau menarik tangannya, seperti aku menarik hujung jahitan bajumu ini. Anak itu tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ibu bapanya ke syurga."
Hadis riwayat Imam Muslim (2435)
#jmknns
#muftin9
#anaksyurga
15 - 0
(𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗧𝗪𝗔) 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗬𝗔𝗦𝗜𝗡 𝟯 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗜𝗦𝗙𝗨 𝗦𝗬𝗔'𝗕𝗔𝗡
Mana-mana orang atau kumpulan adalah dilarang:
Membid’ahkan mana-mana orang yang mengamalkan (Membaca Yasin 3 kali pada malam Nisfu Sya‘ban).
Menegah pengamalan dan pengajaran perkara (Membaca Yasin 3 kali pada malam Nisfu Sya‘ban).
Menyiar, menyebar dan menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa perkara (Membaca Yasin 3 kali pada malam Nisfu Sya‘ban) adalah bid‘ah.
(PERSOALAN BID‘AH DALAM MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURUK)
#jmknns
#muftin9
#nisfusyaban
24 - 3
Rangkuman Rakaman Video Seminar, Muhadharah dan pelbagai program anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan