Program Hafazan Al-Quran.
Untuk semua. Bila-bila masa. Di mana sahaja.
Idea pembangunan program ini adalah untuk menyediakan platform dengan kelengkapan gabungan tradisi & teknologi yang boleh membantu membudayakan aktiviti menghafaz Al-Quran di kalangan masyarakat umum & ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa & di mana sahaja mengikut kemampuan masing-masing.
Program ini juga boleh digunakan oleh institusi-institusi hafalan Al-Quran sepenuh masa sebagai kelengkapan tambahan kepada guru-guru untuk kemudahan pengurusan.
Teknik hafazan yang tidak asing dan telah digunakan sejak sekian lama. Mudah, praktikal dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Fauzaan adalah kelengkapan untuk anda mencapai matlamat menghafaz dan memelihara Al-Quran. Semoga Al-Quran menjadi pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat kepada yang membacanya selalu.