Ustaz Dato' Haji Badli Shah bin Haji Alauddin dilahirkan di Kg. Berkat, Maran, Pahang. Kini bertugas di Jabatan Mufti Negeri Pahang sebagai Timbalan Mufti Pahang.
Berkelulusan M.Sc (Falsafah & Tamadun Islam) Universiti Malaysia Terengganu, B.A (Hons.) Tafsir al-Quran, Universiti al-Azhar, Mesir dan Diploma Dakwah, KUSZA. Pernah menerima pingat Ahli Mahkota Pahang (2008), Ikon Belia Negara Negeri Pahang (2014) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (2015).
Secara profesional, menjadi Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (PSMCP) dan Timbalan Pengerusi Kelab Peramah Parlimen Pekan. Sering menjadi tetamu di pelbagai stesen televisyen dan radio.